Memo

Meeting

I baru balik dari meeting di Cyberjaya. Canggih betul tempat tu. I rasa jakun sekejap. Semalam pergi survey, nampak macam bangunan tak siap saja. Tapi pagi tadi masuk dalam, I rasa macam wah. Indahnya. I don’t mind working here.🙂

Oleh kerana tempat itu pejabat baru, maka ramai jemputan mesyuarat datang lambat sebab tak jumpa (tempat tu). I pun nasib baik jer dah survey semalam, itu yang sampai awal. Oh, by the way, I sempat bersembang-sembang dengan kawan2 lain.

Ada orang hensem. HIHI. I like. Bersembang-sembang kosong saja. Bincang-bincang pasal status kerja di pejabat masing-masing. Tapi itu saja. Bila meeting, seat I hampir sekali dengan chairman dan orang hensem tu jauh di hujung sana (seat dah ditetapkan oleh Urusetia). Di tepi skrin.  HUHU. Takpela.

Sarapan di mana?

Pagi tadi I bangun pagi dan menyuarakan perasaan I nak pergi breakfast di kedai kopi.  I bagitau azy, “saya nak cari tempat makan macam kat Kelantan tu, yang kita boleh makan nasi kerabu atau nasi berlauk dan minum kopi” Kat sini susah nak cari. Air kopi biasa pun dah capai RM5. HUHU.  I teringat masa kecil dulu, pernah my father bawa gi breakfst kat kedai kopi sebelum dia masuk kerja pukul 8. I nak suasana macam tu.  Sekarang ni, tapau bolehla kat tepi jalan. 

Oleh kerana I nak gi meeting, I pergi hantar azy ke pejabat then I jumpa Abang driver.  I cakap nak gi minum. Dia pun kata, “Minumla kat tempat bas, kat cyber tu.” I pun ajak azy ikut I pi minum gak.  Bestnya. I dapat minum kopi yang sedap pagi ini dengan bayaran rm1 sahaja!!! Wah. I don’t mind driving there every morning pun.  Terus I and azy berangan nak berumah di Cyber.🙂

Retreat

Weekend ni I ada retreat di kepulauan.  Agak letih. Banyak kerja. Okaylah. I nak chau dulu.

🙂 Bye.

p.s : I macam nak bantah pengesahan minit tadi, sebab dia letak nama I puan. Jatuhla saham I!!!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

10 thoughts on “Memo”

  1. wow jumpa abam hensem? jeles I! hahahahahaha~

    eh kat presint 9 punya food court ada jual nasi kerabu kan?

  2. faruq, abang ke? di umur begini aku tak boleh panggil orang abang sesuka hati dah. haha🙂

    hensem di mata aku lah. mata orang lain tak tau lah.

    fudkort pcint 9 memang ada. tapi time constraint la… tapi tadi breakfast rm2.50 jah. makan dan minum.

  3. pergh murah giler beb! hmm hmm boleh cuba di hujung minggu ni..

    hehe yaaa.. kita kini semakin tua.. golongan yg boleh dipanggil abam dan kakak semakin lama semakin kurang..

  4. “I macam nak bantah pengesahan minit tadi, sebab dia letak nama I puan. Jatuhla saham I!!!”

    ida suka!!!

    1. haha. suka sangat kalau yang gitu gitu…

      macam i tulis kat fb, there’ll be 2 situations, if i insisted on objecting the minutes. haha
      i. orang gelak gelak.
      ii. orang menyampah.
      😛

    1. redivivus… (apa maknanya entah)

      ops. masa dipiyeay tentu tentu aku sudah ada orang lain yang lagi hensem depan mata.

      oooppppsss.😛

  5. betul betul betul.. belah pantai timur mmg banyak lagi kedai kopi boleh lepak makan pagi.. belah pantai barat ni susah sket laaa.. ada pun dah standard restoran! huhuhu.. kalau nak beli tapau berlambak laaa..

  6. how i miss cyber so much!

    this place totally different than the place i’ve been before. tapi takpe, sabar teteh, sabar…

    memang sedap kat fudkot cyber tu chah. paling kitorang salu belasah nasik lemak dia.. singgit sengah je tp portion sangat memuaskan. salunya tapau and makan ramai-ramai kat opis. (building coklat opposite dhl building). heaven! tu pasal i bambam masa keje kat cyber dulu…

    takpelah, one day i’ll come back… jangan fudkot cyber tu tukar jadi restoran sudahhhhhhh… maunya sehari sepoloh hengget sekali hadap!

    hehehe….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s