Bukan sekali dua

Hari ini, ya, I marah betul. I dah hilang mood nak breakfast nasi kerabu lauk paru yang akhirnya, habis juga I makan. (walau dalam kemarahan, dan tak ada selera kononnya.)

I baru riki riki nasi kerabu dan nasi lemak untuk azy bila ada officemate called. I ingat nak pesan breakfast ke apa.

Sekali dia minta I pergi meeting. Waktu tu juga! Pukul 9 pagi meeting, pukul 9 pagi juga nak call I nak minta ganti. HELLo! (Oh, kantoi I tapau makanan pukul 9 pagi)

I tak nak marah my officemate tu, I pun tak salahkan urusetia. Tapi I marah orang lain. Orang lain yang arahkan my officemate supaya called I dan suka suki dia talakan I pergi meeting itu.

Sebab, bukan sekali dua dia buat begitu. Sejak I ke emotie ni, ada dah dekat 10 kali dia buat macam ni.

Selalu benar I pergi meeting yang bukan kawasan I (tak kisah lagi) tapi at least, let me know earlier. Bukan masa-masa itu juga.

Hari tu, katanya, ini meeting pertama kali dan tak perlu maklumbalas apa-apa. Sekali, kena I dengan pengerusi majlis. Bersoal jawab dalam urusan yang memang I tak jaga. I goreng saja. I tengok kenyataan gorengan I tu masuk minit. HUH. Nasiblah boleh dipakai. YOU, kalau nak bagi I pergi meeting, tolong beritahu awal-awal. I TAK SUKA.

Tapi YOU hari itu bukan main nak keluar cepat bila time meeting I. Sabarlah, kan unit you yang jadi urusetia, you kena la stay. (I tak nak marah-marah.) I tengah cool ni.

Tapi, tolonglah. YOU tahu marah kalau orang buat macam macam kat you tapi you sendiri pun kenalah fikir pasal orang lain.

I tak kisah kalau kena pergi meeting atau HBP atau apa-apa, tapi at least bagitau awal-awal. I tak faham, especially part yang I kena ganti you pergi meeting while you pergi food tasting? WTH?

Ok. Cukuplah.

Sabar. Sabar.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

16 thoughts on “Bukan sekali dua”

  1. whoa, chill ecah! though I can understand where all the anger are coming from. sedangkan I pun dah membebel bila dapat memo untuk hadir meeting that is to be held the next day, apatah lagi you yg kena hadir meeting TIME TU JUGAK? tapi, sabar jela ek ecah? ko kan ceria..

  2. owh…sgt benci kalo kena perkara camtu
    memburuk dan membusukkan lg kalo pastu kita yg diberi tanggungjawab penuh keatas perkara tersebut walaupun sah2 bukan bidang kuasa kita dan kita cuma wakilkan dia konon2nya…last2 kita yg menanggung beban.

    owh aku benci org2 yg mcm YOU tuh
    tiba2 aku emo…hahahahaha

  3. buzzy, tulah pasal. sabar sahajalah…

    faruq, aku chill nih. bebel sini je abis abis pun…

    maoi, memang terbaek la nasi kerabu lauk paru tu!

    irises, terima kasih lah…memahami…๐Ÿ˜›

    sufi…oh… aku malas nak benci2…haha…๐Ÿ™‚

  4. budak ofis kak nana kena paksa g conference dan menyamar jadik bos.

    dia cakap, ok lagi nak menyamar dgn urusetia masa pendaftaran, tapi masalah timbul bila rupa2nya semua org kenal bos.

    dah byk soalan pulak. menggelabah budak tu jadiknya.

  5. kak nana, kesiannya…
    tapi lebih kurang la nasib dia ngan echah…kena jawab sampai ke peringkat jabatan dan agensi lagi. tapi takpela, boleh belajar dan at least I was being myself, bukan menyamar-nyamar…๐Ÿ™‚

  6. aku dulu selalu kena camtu.. aku mengamuk sakan dalam ofis.. lastยฒ aku pegi jugak dengan muka tensi. bila pengerusi mesyuarat tanya aku pape.. aku jawab.. “minta maaf dato’, saya tiada maklumat. saya akan periksa dengan pegawai bertanggungjawab”.. pastu pengerusi marah aku ke ape ke..aku wat bodo je.

  7. oh, ejanya ialah “food tasting” ek?
    selama2 ini mati2 aku ingatkan “food testing”

    oh, maafkan kebodohan english aku.. haha

    *malu sambil tekup muka*

    err… komen ini adakah berkaitan dan berkenaan dengan entry?? mcm tidak je rasanya.. hehe

  8. che tut, ya… abis2 pun i bebel dekat u all jah… sorry la terpaksa mendengar luahan perasaan i nih… huhu…

    redivivus, aku tak larat nak mengamuk. aku kan ceria. nanti staff semua tak nak tegur. haha. i can’t afford to just say sorry and say i dont know. somehow i have to find something fruitful to say, even if it is just a gorengan. anyway, aku percaya, gaya penyampaian boleh menjadikan satu myth itu bertukar jadi fakta. ahah.

    iwan… aku pun tak sure about that. bila dengar, the word tasting or testing tu lebih kepada taste, bukan test. entah la babe..

    boleh je komen ni, kira berkaitan la ni.๐Ÿ˜›

  9. oh, mulianya ko echah. sentiasa positif. too bad aku ni tak mampu berpura-pura gembira di saat hati tgh membara.. narcissistic they say :p

    1. kadang-kadang, kalau kena gaya dan masa, kepuraan itu akan membawa kebaikan juga bang…๐Ÿ™‚

      tapi terpulang la pada diri masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s