friends · grapevines

You boleh

You boleh tanya orang lain, sebelum pergi meeting di hari Ahad tu, nak pakai baju apa. Jadi bila you seorang yang pakai baju kurung, jangan nak membebel kata dalam surat tak nyatakan pun pakai baju apa. You dapat tahu pasal mesyuarat tu awal kan. On weekdays, you had plenty of time to ask and plan.

You boleh datang tanya your staff kalau diorang ada masalah dengan you. Bukannya hantar email macam macam nasihat atau quote yang entah apa-apa, yang mungkin membangkitkan masalah yang sebenarnya tak pernah wujud pun. You ni psiko lah!

You boleh jadi seorang lebih considerate, tau tak? You boleh dengar masalah your staff. Jangan nak tuduh tuduh diorang curi tulang atau tak buat kerja.  Dahlah you tak pernah puji diorang dengan baik, you tambah lagi keburukan hubungan you dengan staff melalui tuduhan tuduhan yang kadang kadang tak masuk akal. Orang lain pun ada perasaan, tau.  Lepas tu you boleh pula dengan senang lenang sebut pasal respek.  You tau kan, kalau you respek orang, orang akan respect you balik. 

You boleh buat kerja thru email sebelum ni, kan? Kenapa sekarang you selalu nak marah saja bila kerja dijalankan macam biasa melalui emel? Kalau tak suka, dan mula cara baru, you boleh kan bagitau elok-elok? Ini tidak, kesian pulak staff you kena marah tak tentu hala atas kebiasaan sedangkan you tak pernah khabarkan penggunaan format baru dalam kerja you. Macam mana you nak minta semua orang ikut kalau you tak pernah bagitau betul betul apa yang you nak. You ni!

You boleh je bagi emel personal tau kalau nak tegur orang lain.  Ini tidak, you boleh s.k s.k pula kepada orang yang tak de kaitan.  Hmm. Pastu tak cukup kalau tak puas hati, you emel reply to all? Wah. Ingat semua orang nak tahu ke masalah you.  Rasanya setiap penghantar emel berkaitan kerja ada letak signature dan contact number, in case ada masalah, boleh diselesaikan secara one on one.  Kalau benda umum tu lain, ini personal you pun you nak reply to all dan s.k sana sini? You tahu, kadang-kadang benda macam ni akan malukan diri sendiri semula.

You boleh share tahu pengalaman yang you ada dengan orang lain. Secara baik. Bukan dengan cara menghentam kelemahan orang lain.  Kesian. Tak ada makna tau you nak banding pengalaman you yang baru 2 tahun dalam servis dengan budak kontrak baru habis belajar.  Dah sah sah pengalaman you lagi banyak. 

I pulak tulis entry ni sekadar untuk sedarkan diri I sahaja. Oh, ini bukan pasal I keseluruhan.  Nanti you all yang baca ni ingat I bermasalah pulak. HUHU.

Sabar. 🙂

 *s.k s.k  ialah salinan kepada. sebenarnya s.k is enough tapi kalau diletak berganda rasa lebih ryhme. 🙂

Advertisements

14 thoughts on “You boleh

  1. wow. such an outburst. and you’ve definitely piqued my interest as to who this is directed to.. 😉

    1. you ni faruq, gossip number 1.

      i m afraid this actually involves so many names that i unfortunately couldnt enclosed, even in personal or face to face.

      thanks. 😛

    2. maaf, I couldn’t accept no for an answer. sila nantikan kunjungan saya pada hari khamis kelak. hehe~

    1. s.k s.k means salinan kepada atau in english, c.c

      as in c.c dalam email tu. 🙂

      p.s : I letak di entry dengan tanda nanti.

    1. s.k s.k to you all la.

      benda yang saling ingat mengingatkan kita kena share. could you think of that in that way.

      btw, there’s no name enclosed pun.

      anyway, there’s no right or wrong in giving opinions, so, thank you for that.

    1. kadang2 kita da rasa bagus tapi orang lain tak rasa macam tu.

      pastu tak bagitau expectation diorang macam mana tapi tahu nak marah saja.

      haih. manusia memang pelik. sabar je….

  2. “Kalau benda umum tu lain, ini personal you pun you nak reply to all dan s.k sana sini? You tahu, kadang-kadang benda macam ni akan malukan diri sendiri semula.”

    this, I definitely agree with you.

  3. baru 2 tahun dalam service dah nak berlagak? ni lah dia.. yang kita tak nak ni.. ni lah dia yang datangkan masalah kepada service.. dah aku pulak yang emo.. chisss..

  4. erkkk..mcm byk jer pelakon2 sinetron yg mendukung watak YOU neh.. kejap macam paham…pastu macam tak paham….pastu paham balik…dan begitulah seterusnyer.. Faruq gossip?? suka tau.. the very the notty..auww..

    1. hani…huhu…
      memang ramai sekali pendukung watak you kalau di real life.

      tak faham takpe pun. ini hanya untuk peringatan kepada diri sendiri sahaja. huhu…

      😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s