Lucky Strike

I tak tahu kenapa I berdebar-debar ni. HUHU.

Ada lebih kurang 3 jam lagi before kami dapat melihat persembahan abang nuar. Yak a au!

Entahlah.  Apa perasaan? Sangat teruja!!!

Malam tadi pengisian minyak di stesen kegemaran hampir menjadi kenangan pahit. I beratur lama di kaunter di tengah2 tempat isi minyak, dah hampir 3 minit baru mamat cashier tu bagitau, kena bayar kat dalam.

I pun jalan ke dalam on the run tu. Sampai kat sana cashier pula kata pam number 8 itu rosak. So, I kena tukar pam. Tapi duit I dia pegang. I tanya dia, “kena bayar dulu ke?”

I dah bengang. Dia pun nampak bengang sebab cash machine touch series tu buat hal. Dia masih lagi pegang duit dan kad Smile I.  Lepas tu dia sengih sengih dan kata, “akak tukar pam dulu ye.”  Then dia hulur balik duit I tu.

Ada cabutan bertuah pula, I noticed di pam tu, lepas pusing tukar pam, I ambil pam number 2.

I masuk dalam nak bayar then I tanya adik tu pasal cabutan bertuah.

“Macam mana ni? Cabutan bertuah?”

“A ah. Hari Sabtu ni cabutannya”

“Jadi, kena datang sini satu hari? Bila dia umumkan?”

“Kena tunggu la. Saya pun tak tahu.”

“Kerja Sabtu ni?” I tanya.

Dia angguk. I ambil resit, tulis nama dan number telefon. 

“Kalau saya menang, adik ambil lah.”

Adik tu senyum. Dan saya pun gembira. Kesian dia kena marah dengan I tadi.

9 thoughts on “Lucky Strike

  1. buzzybug Julai 2, 2009 / 10:41 pm

    bad day eh? ehehe…

    hopefully menang cabutan bertuah…

  2. chempaka Julai 3, 2009 / 12:25 am

    ohh.. penatnye nak tukar2 pam pegi balik mcm tu.. but anyway, hopefully abang nuar make ur day today! huhuhuhu.. best takkk?? jelesnye!!

    • aishah Julai 3, 2009 / 8:23 am

      BUZZY, tak de bad day pun… okay jer.. 🙂

      chemp, show anuar zain sangat best!!! hehe. sila lah jeles…. 😛

  3. nishashburn Julai 3, 2009 / 8:47 am

    sila baca review konsert anuar zain di blog ku… hehe!

  4. demang Julai 3, 2009 / 9:31 am

    wahhh.. baik nya echah. hadiah apa lucky draw tu?

  5. FaruqY Julai 3, 2009 / 12:06 pm

    adakah adik itu seorang yang kacak? hahaha~

  6. aishah Julai 3, 2009 / 2:55 pm

    nish, dah baca and comment! 🙂

    demang, wah. jangan puji2…. hadiah apa tak tahu..entah2 petrol percuma…wahwawahwa

    faruqy, adik itu seorang perempuan 🙂

  7. Grunge Julai 3, 2009 / 4:30 pm

    wah baik sungguh hati kamu hehe.

    • aishah Julai 6, 2009 / 9:24 am

      grunge…baik ke…
      takdelah baik mana pun… anyway thanks drop by here…

Tinggalkan Jawapan kepada FaruqY Batal balasan