Banyak lagi

dekat pantai (depan) seagate.. gambar diambil curi2 oleh buzzy.
dekat pantai (depan) seagate.. gambar diambil curi2 oleh buzzy.

I just came back from Penang.

Ada seminar dan forum di sana. I stayed at Traders Hotel, sangat dekat dengan Prangin Mall dan Komtar. Prangin Mall tu dulu baru je buka masa I final sem di KMPP (2001). Sekarang ni, dah sangat la tak kemas dan tak cantik. HUHU. Tapi ada banyak kedai kasut yang best.

I pergi awal. Hari Sabtu jam 12 lebih dah sampai di PIA, Bayan Lepas. Cik Buzzy datang ambil dan terus kami pergi makan nasi ketam. Yeay!

Lepas tu pergi ke Jusco Perda. Jalan-jalan dan jalan-jalan. Shopping la seringgit dua. Ada hari bertemu pelanggan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Grand! Ada persembahan poco-poco lagi.

Then Buzzy bawa saya ke Bon Odori, di Esplanade, dekat Padang Kota. Depan Wisma Pelaut. Fun tapi orang Penang tak menari sangat masa persembahan tarian tu. Malu lah I nak menari sorang sorang. HUHU. Lepak-lepak dan lepak-lepak sampai penat. Orang ramai giler. Orang Jepun pun ramai.

Lepas tu, sebelum balik rumah Buzzy bawa I gi makan Char Kuey Tiow… sedap… Penang punya… mestilah sedap. Kan.

Esoknya kami jalan jalan sampai penat. Tu sajalah kerja kami. Berjalan jalan dari satu soping kompleks ke kompleks yang lain. Main boling yang sangat la fail! I dapat score 80 je? HAHA. Buzzy lagi terer dari I! Itu semua salah lane! I baling tengah di senget kiri, I tried kiri dia simpang ke kanan pulak. Kejam la lane tu!!!

Isnin seminar I start. I suka sebab banyak sangat dapat idea dan maklumat untuk improve kerja.

Okay la.. 4.5 bintang untuk penganjur! Tahun depan buat lah lagi.🙂

Okay, back to work!

p.s : Still, thanks untuk semua yang wish wish I tu. Lebiu all!😉

p.s 2 : Pagi tadi I bangun dan berperasaan macam mahu beli baju kurung banyak2. I dah bosan dengan baju kurung yang sedia ada… HUHU.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Banyak lagi”

  1. hahaha… salahkan lane bengong tu. memang teruk. patut la I selalu kalah main boling. salah lane rupanya. hihi…

    1. hahaha.. mesti buzzy bawak main kat bukit jambul ni.. mmg lahanat pun lane kat situ! dah teruk sangat. usang gile. kalau perasan, tokey dia pun usang! hehehe..

      lenkali main kat megamall prai laaa.. teruk la penang, bandar besar tapi port bowling hampeh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s