Kenapalah susah sangat

Dulu I pernah gaduh dengan you. Teruk gile. Bab kerja lah, bab perasaan la.. Iya, ikut blog la. Kalau depan-depan I tak kan reti nak berkata-kata dengan marah. Tapi gaduh kita takdelah sampai mana. Lagipun I dah kenal you dan faham cara you sikit sikit. Tambah pula. kita memang tak bleh nak jauh2 pun. Gaduh2 pun hari hari I kena ngadap muka you jugak. Cuma sekarang, you dah tak ada depan mata sangat. HEHEH.

Dulu pun, kalau I marah dengan you, tak puas hati ke, I boleh je sound terus dekat you, (melalui email ke sms ke) sebab masa tu kita masih lagi setaraf. Tapi bila you dah jadi orang besar, I rasa dah tak sopan lagi nak tegur-tegur you macam dulu. Dulu, kita kawan. Kan? Ke you tak pernah anggap I antara kawan terapat you? I tak kesah la. Yang penting dulu, you pernah jadi antara kawan yang close ngan I. Tapi itu semua dulu.

I tak ada apa sangat.   I cuma nak you faham, tak semua orang sama macam you. You kena faham tu.  You janganlah suka suka tuduh orang macam ni macam tu.  Dulu you selalu ingatkan I, jangan mengeluh.  Semua benda berlaku tu ada hikmah.  Jangan nak harapkan orang puaskan hati kita ja.  Jangan nak harapkan orang hormat kita ja, kita pun kena hormatkan orang.  Jangan nak biar orang ikut kita je, sedangkan kita sendiri pun tak pernah nak consider apa pandangan orang, masalah orang.  Kalaupun kita orang besar, bos apa pun, ada part2 dalam hidup orang yang kita tak boleh nak kawal.  Sedangkan kita pun tak bagi dan tak suka kalau orang nak kawal hidup kita, ni kita nak kawal hidup orang pulak.

You pun selalu ingatkan I yang rezeki kita tu Allah Taala dah sediakan elok untuk kita.  I ingat tu.  You pun selalu jugak kata kerja jangan nak kejar pangkat dan kenaikan saja.  Tapi dulu you pernah marahkan I sebab terlupa hantar laporan khas you kat jaypieh.  Tapi you naik jugak kan? Dan banyak lagi kurniaan Allah bagi kat you, yang orang lain tak dapat pun.

You mungkin tak tahu, apa orang orang yang menghargai you buat untuk you. Tak perlu nak heboh-heboh apa kebaikan yang kita buat, kan? Kata you jugak dulu.  Kita kalau tak nak orang susahkan kita, kita jangan susahkan orang, kan?  Kalau kita nak minta orang tolong, kita kena tanya elok2 kan? Takkan nak paksa, dan takkan nak maki herdik.  Orang kalau cerdik, dia tahu yang mana kerja yang kena buat dulu. Peribadi ke kerja tahulah nak disusun susun yang mana didahulukan, yang mana dilewatkan.

You selalu nak orang berterus terang dan bercakap benar dengan you.  Tapi you sendiri tahu, kebenaran melukakan.  Sampai you kadang-kadang tak boleh terima hakikat.  Kan?  Tapi hmm… sepanjang kawan dengan I, bukan you tak pernah bohong pun kan?  Sakit jugak.  Tapi takpe. Kawan memang saling memaafkan.  Asal tidak menyusahkan kira okaylah.

Tapi you tahu tak, you selalu kondem pasal orang cakap tak serupa bikin, kan? I dah dapat rasa you pun ada sifat tu sikit sikit.  I pun ada jugak.  HIHI. Semua orang kut ada sifat macam tu.

Kalaulah. Kan. Semua orang tahu menghargai.

p.s : I tulis ni untuk ingatkan diri sendiri.🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

4 thoughts on “Kenapalah susah sangat”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s