Blessed

Balik kampung memang memberikan impak maksima dalam perasaan kekeluargaan. Rasa mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Anak sulung lagilah. Macam-macam idea ada dalam kepala memikirkan hal adik-adik yang makin membesar [dan kadang-kadang memeningkan]. Dalam hati terdetik juga, macam mana aku nak care pasal orang lain [read : boyfriend] kalau duk fikir pasal adik2 ni. Kan. Tapi ada kawan pernah cakap, “Semuanya akan terjadi dengan sendiri. Rahmat tu tak nampak terus. Kadang-kadang tanpa disedari pun ada. Ada sebab kenapa things happen in this or that way.”

Sempat jenguk family angkat di Bachok. 3 tahun, tak pernah sekali dijenguk. Ye, derhaka la juga. [Sani, nenek angkat yang garang tu dah meninggal, Al-Fatihah]. Hmm.

Pergi juga melawat kawan sekolej yang sekarang tengah tenat. Kanser. Sedih. Masa jumpa tu I dah tak cam muka dia. Dia yang angguk tanda kenal I lagi. I tak menangis masa jumpa dia. Tapi bila I balik rumah dan teringat dia, masa dia sihat, masa kami gembira time belajar dulu, I menangis sorang dalam bilik. Kawan I yang lain yang tau dia sakit pun sama, katanya “aku tertanya-tanya, kenapalah dia yang kena sakit ni.” Because we think she doesn’t deserve this. I thought I would cry when I see her like that, turned out that I was stronger than I think I am. Masih lagi terbayang dia. Rasa kesal, ralat dan sedih. Kenapa I tak pernah luangkan masa jumpa dia masa dia sihat. Sedangkan dia mengajar di Negeri Sembilan saja.😦

p.s : Alhamdulillah. Semalam I drive dari Kelantan sorang2.🙂

Updated on 19th Aug 2009

p.s 2 : My dear friend tu dah meninggal malam tadi. Semoga dia ditempatkan dengan golongan yang diredhai Allah. Al Fatihah.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

12 thoughts on “Blessed”

    1. bila mu dah letak link ke blog aku dari blog mu, haruslah aku tulis something more fruitful di sini.🙂

      thanks to you too for linking to mine from yours.

    1. nama dia muzliani… kami panggil liey je…
      dulu amik course pendidikan.. selalu lepak ngn aku ngn jaja..🙂
      takpe, sedekah la al fatihah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s