Malang tak berbau, tapi ia berbunyi

Itu kata my brother, Faiz bila I had my first major accident (langgar lori) dulu.

Tapi sekarang, dah tak terkira bilangan minor accidents yang jiji and I tempuh. I nak sharelah.

It was on 3rd raya, I dengan my mum and adik-adik pergi beraya ke rumah mak angkat di Kuala Geris, Dabong. Tempat ni agak-agak sejam dari Gua Musang dan sejam lebih dari rumah I di Kuala Krai. It was my first time driving there. Jalan-jalan tu sudah dimaklumkan by my mum bahawa tidaklah indah sepanjang jalan. Berlubang-lubang dan berbukit bukau dan berliku-liku. I took note on that. Tapi ya, malang tak berbau.

On the way balik tu, I drive macam biasa sambil nyanyi lagu Joni Don’t Cry. My mum pula ala-ala layan ngantuk sebab dia dah puasa hari tu. Tetiba I brek emergency bila tersedar ada lubang yang tak dapat dielak. Biasa boleh elak ke lorong sebelah tapi kebetulan ada kereta kancil pulak, so I pun brek emergency. I risau takut skirt depan jiji koyak kalau jiji terjerumus dalam lubang tu. Tetiba, “bump!” jiji disondol dari belakang oleh sebuah kereta yang agak laju yang tak sedar lepas bukit tu ada kereta yang sedang brek. My mum was like “Along! selalu brek emergency!” My mum ingat I brek dua tiga kali tapi masuk jugak dalam lubang. I pun “ma, kita kena langgar la…”

So, I pun rapat la ke tepi jalan. I dah risau takut bumper belakang jiji jatuh ke kemek ke apa ke… Tetiba adik I si Waie kata, “wow… tercabut spotlight” I dah “bila masa pulak jiji ada spotlight kat belakang ni”. Then baru sedar, spotlight keretayang langgar jiji tu yang tercabut. Huhu. I tengok jiji calar je. Tapi kereta mamat tu dah teruk, soptlight tercabut sebelah and bumper depan dia agak jatuh. Kereta bikin rasanya. Mitsubishi Lancer labelnya. I pun dah okay sebab jiji calar jer. Kuat juga jiji ni.๐Ÿ™‚

Lepas bicara seminit dua, we decided settle sebab I pun salah brek emergency. It was his first time using that route too. Dia kata nak elak jem dari Tanah Merah and Machang so dia pintas jalan tu dari Kuala Balah (Jeli) then nanti terus keluar ke Gua Musang. He was on the way back to KL. We became friends though. Hopefully.

Then on raya kelima I sent jiji kat bengkel kawan ayah (Cik Din) di kampung. Hantar pagi, petang Cik Din tu dah hantar jiji balik. Macam baru! Dia dah buat balik yang calar2, bumper yang jatuh sikit tu dah dinaik balik. Sayang giler kat jiji masa tu. Sekarang pun sayang juga. Pastu my father asked me to drive Cik Din home. So I pun drive la…

Tetiba nak balik rumah tu, I terlanggar pulak simen kat rumah I sendiri. Kuat gila! Ngok ngek sungguh. Rasa nak nangis tengok skirt tepi jiji dah rabak gila. WUWU. I ni memang senget lah! Baru je keluar bengkel. Dah nak kena hantar balik.

Esok I pun hantar jiji kat Cik Din balik. Dia geleng-geleng kepala “along, along….” huhu. Anak-anak dia gelak jer. Semua pun gelak la. Adik-adik dan my parents too.

By the time nak balik KL, jiji dah comel balik. All in all it costed me RM150 jah. Okaylah tu.

Drive ke KL balik was smooth, takde kena hi beam pun. Until I reached Ampang. Yeah. I sondol lagi batu-batu kat parking kereta depan rumah pakcik I. Koyak sikit lagi skirt jiji. Tapi minor je dan I pun dah tak larat nak sedih lagi.

Anyway, Isnin lepas I dah dapat lesen penuh. Tapi I tak mahu tanggal lagi sticker P, boleh? HUHU.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

19 thoughts on “Malang tak berbau, tapi ia berbunyi”

    1. en_me… suker ye.. first di blog ni biasa je… kalau echah jadi first di blog en_me tu sungguh la miracle… ramai benar peminatnya…

  1. tak first tapi tak pe.
    sbb echah xde bagi hadiah pun.

    kesian jiji.

    anyway, tahniah, sbb dah lesen penuh.
    dah 3 kali ucap.

  2. kesian jiji.

    rm150 je? wah. stended ke tak? ida pun nk kena mekap TATi balik. dia sungguh comot dgn mekap tah paper. skirt sebelah kiri pun dah koyak nampak aurat. sungguh tak sopan.

  3. saya, selepas dua tahun dapat lesen penuh pun still lekat P tu kat kete..๐Ÿ˜›

    langgar tembok itu ini, erm,biase kot. hehe.. saya pernah reverse kete turun bukit (dengan sangat laju) dan terus langgar tembok yang besar. lepas tu terus menggigil.๐Ÿ˜€

  4. irises, ada gak kawan2 buat mcm tu… saya pun terjebak samalah… heh…
    saya memang tak berani lagi nak reverse turun bukit. anyway, laman rumah saya memang mencabar dan memang ada bukit. huhu.

    izzah.. thanks๐Ÿ™‚
    kete baru awak pun… jaga elok2 juge…

  5. ni dah kira kes penderaan terhadap kereta sindri ni..
    xpe, prektis lg…langgar sikit2, calar2 tu biasa la..klo x nak calar, pinjam kete org lain..hehehe…
    congrats dpt lesen full..pasni apa plak?amek B full?wahuhuhuhu…

    1. saya dah lupa beskal brand apa. tapi murah jer la. rm145 je tahun tu. darjah 4 kut. (1992).
      warna biru.
      beskal tu pun selalu gak la accident dulu.
      tapi selalu kayuh laju2… paling awal sampai di rumah kalau time balik skulah… lebih cepat dari ayah saya yang amik adik ngn motor… hihi

    2. kak nana boleh lepas tangan dua-dua bila bawak BMX.

      p.s: kak nana pun tak reti bawak motor. duk bonceng reti lah. tu pun dgn adik2 je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s