When it rains

Semalam I memandu pulang dari Kampug Bukit Sireh ke Seri Kembangan.  Ada di satu kawasan tu hujan lebat gila. I drove berpandukan lampu kereta depan saja sebab tak nampak jalan dengan clear. Tiba-tiba kereta tu brek, so I pun brake juga la.  Nasib baik jarak kereta I dengan kereta depan tu, kiranya jarak yang selamat.  Rupanya ada sekatan kat depan sebab ada pembaikan jalan sedang dilakukan, so satu lorong je dibuka untuk laluan. Jadi, kena queue la.

Tiba-tiba (lagi) I tengok dari cermin sisi I, ada satu benda jatuh berkecai kat belakang kereta I. Sebuah motor yang terlepas sebab tak sempat brake elok2. I tengok motor tu laju meluncur ke arah kereta I, tapi dia lebih ke kanan, ke lorong sebelah.

Dan I sempat tengok budak yang bawak motor tu bangun cepat2 sebab kat belakang dia ada sebuah toyota alphard yang sedang brake juga.

I pun tanya adik I, “kita tak langgar dia kan? Dia tak langgar kita kan? Tak kena kereta kita kan? Dia jatuh sendiri kan?”

I nak berhenti tapi masa tu hujan lebat sangat dan kat depan I dah ada orang lambai mintak jalan sebab nak lepaskan yang lane sebelah pula. I tengok alphard tu pun terus je.

Dalam hati I doakan semoga budak tu okay jer. Kesian sangat.

😦

p.s : I googled nak cari gambar motosikal jatuh tapi semua gambar accident ngeri. Scary~

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “When it rains”

  1. aku pernah motorcyclist langgar belakang. I stopped, helped him get up, checked that he was okay, and left.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s