Before hiding

Sekarang banyak kan kuiz dan ramalan entah apa2 di Fb yang merayap masuk dalam page kita. I selalunya hide terus je kalau jenis2 mengarut cgitu.

Tapi tadi, I sempat printscreen dulu satu jawapan kepada kuiz ni. Memang dem la. I pun tak caya ngn keputusan tu. Tapi. Erm macam mana dia kira sampai jadi gitu, I pun tak tau. Tapi I terima dengan hati terbuka.😀

Cantik. Katanya lah.

Soalan dia, sape paling cantik. HAHA. Banyakla kan. Komputer letak I number 4. Terima jelah hakikat.

****

Dua hari ni I layan Fly Fm sebab sebenarnya I nak dengar lagu merapu mat salleh tapi lambat sangat lagu tu, I dah sampai opis pun belum keluar lagi. Okay, Fly punya topik pagi paling bestla I rasa.

Semalam dia tanya, masa kecik2 apa fantasi korang sampai menyusahkan orang. Ada orang jawab jadi Kapten Planet… Main air sampai basah mak dia kena simbah. HUHU.

I pun teringat la kisah I ngn adik2 I. Masa tu, kiranya dalam darjah 3 gitu kut. Ke darjah 4. Masa time glamer Maskman ngn Flashman. Kami ada 5 orang, 3 lelaki, 2 perempuan. Ambiklah, semua orang dapat 1 part, I biasanya jadi yang kaler pink tu la. Adik pompuan yang sorang lagi tu kaler kuning. Kerusi bulat buat tempat duduk kat meja makan tu lah yang jadi meriam katak kami. Abis la. Memang bersepah la rumah. Kesian mak I kena layan anak2 yang nakal macam kami.

Pink yang kat belakang tu. Yak a au!

Topik pagi ni pulak pasal salah cakap.

Minah ni cite dia nak ajak kawan2 dia buke di Leisure Mall Cheras tapi dia salah cakap Cineleisure. You all bayangkan la. Buka puasa sorang2 la minah tu. HAHA.

I pun teringatlah masa I form one. I buat announcement suh budak2 turun gi gotong royong kat asrama. Sekali I announce…

“Perhatian kepada semua, anda diminta untuk berkumpul di TAMAN ASMARA sekarang juga untuk gotong royong.”

Siap ulang dua kali!

Kawan2 I dah tunggu kat luar bilik PA Sistem tu nak gelakkan I. Mangkuk. Itu pengaruh lagu Ziana Zain ngn Awie la tu. Halaman Asmara baru glamer masa tu. (Lagu tu jugakla kan nak disalahkan.)😀

Memories.

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

5 thoughts on “Before hiding”

  1. dulu mase darjah 3, I dgn kawan2 berangan jadi side kick kapten planet. siap beli gula2 yang ada ring tu sorang satu pastu pakai & konon2 buat macam yang diorang buat “wind!, water!, earth!…” (dah tak ingat ape lagi.hehe.. ).. aahhh..those were the days…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s