Ikan Kembung Goreng

Sejak duduk di kejiranan baru (kejiranan lama yang baru diduduki semula) ni, I selalu diganggu dengan bau-bau masakan yang bau sungguh menyelerakan. I dengan housemate berteka-teki masakan apakah itu.

Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya kami dalam kelaparan nasi. Bau ikan kembung goreng pun cukup untuk membuatkan kelaparan bertambah dua kali ganda. Macam-macam makanan mula terbayang di depan mata. Sungguh sadis sekali.

Semalam selepas kerja, dalam keadaan mengantuk sikit-sikit I pergi mengisi minyak kereta di Shell Precint 8. Ramainya manusia dan kereta yang sedang beratur, seumpama esok minyak akan naik harga lagi. Lalala. Ada juga rupanya yang belum mempunyai tahap considerate yang tinggi. Sudah tahu ramai beratur, dia boleh pulak letak kereta depan pam dan pergi ke kedai Shell tu membeli belah you all! Ada jugak yang menghalang laluan kereta lain dengan bertindak mengemas kereta di tengah jalan. Oh lalala. I bersabar sahaja dan berdoa semoga mereka mendapat pembalasan yang setimpal. (Oh tidak! macam kejam pula). Dalam kesesakan itu jugaklah, ada pam rosak pula. Tapi overall keadaan masih terkawal lagi.

I singgah pasar lepas tu. Sungguh terasa macam domestic goddess. I nak beli ikan tapi I tak kenal ikan yang ramai-ramai tu. Ikan kembung saja yang I familiar.šŸ˜› I beli 4 ekor dulu untuk sesi percubaan (RM3.30). Lepas tu I beli ayam, RM 6.50. Sebelah kut. Entahlah. I main tunjuk-tunjuk dan minta dia potong terus.šŸ˜€

I beli sayur (kacang buncis, carrot dan brokoli) dan juga mee kuning (persediaan). Semuanya berharga RM7.00 sahaja. Brokoli yang sama saiz tu kalau di Cold Storage sudah mencapai RM7.00 (brokoli sahaja!).

So, I masak lah ikan kembung goreng (dengan garam kunyit)Ā  dan sayur-sayur campur sos tiram, sambil berdoa semoga bau-bauan masakan I merebak ke rumah jiran seperti yang mereka pernah lakukan terhadap rumah I. Hehehe.

Okaylah. Itu saja. Bosan kan.šŸ˜€

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

12 thoughts on “Ikan Kembung Goreng”

  1. So, I masak lah ikan kembung goreng (dengan garam kunyit) dan sayur-sayur campur sos tiram, sambil berdoa semoga bau-bauan masakan I merebak ke rumah jiran seperti yang mereka pernah lakukan terhadap rumah I. Hehehe.

    hahahahahaha. keji.

  2. walaupun rumah saudari sedia panas, tidakkah saudari terfikir utk membuat sesi housewarming dan memasak mi kuning (persediaan ittew) untuk dijamu kepada sahabat yang bujang lg ganteng ini? *pfffft!

    1. nije, i tunggu keadaan stabil dulu… baru buleh berfikir untuk buat housewarming…šŸ˜€
      ceh, sempat lagi promote diri sendiri… kacangpreng!

    1. yeay! dah bertahun since i last pergi pasar kat presint 8 tu! and i think i like it. dahla on the way je dari opis ke rumah..šŸ˜€

  3. chah,

    kalu ikut sunnah berjiran, 40 rumah dari setiap sudut keliling yang terbau perlu diberi rasa barang sesuap dua..

  4. hehe…sy paling xsuke saat b’atur kat petrol pam, lebih2 lagi kalo driver tu g toilet dlu la,shopping2 dlu la,then baru nak isi minyak..huhu…sungguh xbertimbang rase di kala queue panjang..huhu

    1. kan. kita kadang sampai sanggup pakai seatbelt sambil memandu nak bagi orang tak nak tunggu lama. entahla kenapa ada orang yang kurang sensitif terhadap persekitaran…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s