Memori Puasa

Dulu masa kecil-kecil, semasa orang tua-tua solat terawih yang rakaat keberapa entah, mungkin 11 ke atas, saya sudah tidak betah lagi meneruskan.  Tapi tentulah tidak balik ke rumah sebab pergi surau dengan kereta ayah.  Cuma, saya dan kawan-kawan pergi bermain-main di laman surau, dan cukup masa untuk salam, kami kembali ke sejadah, duduk tahiyat akhir sama-sama, bagi salam sama-sama dengan jemaah lain.

Nakal kan?

Puasa pun yang yuk juga. Heheh. Sekolah rendah memang banyak cabaran. Ramai budak tak puasa. Makan aiskrim depan mata. Mana aci. Yelah, saya pun makan juga. Masa darjah dua, sekolah petang. Balik rumah jadi malu sebab adik yang darjah satu pun puasa.

Banyaklah kenangan masa kecil kecil dulu.

Suka juga tengok cerita-cerita pastu tidur terbongkang depan tv. Bangun bila ayah ajak pergi Pasar Ramadhan atau beli murtabak atau mak suruh tolong masak. Buat kuih kepek hidung (puteri mandi) ataupun onde-onde.

Pastu excited bertukar-tukar juadah dengan rumah-rumah sebelah. Dulu rumah lama di kelilingi rumah lain. Sekarang rumah kami sebuah-sebuah bertenggek atas bukit.

Rindunya.

p.s ; tambahan. ini gambar kuih puteri mandi dan resipinya, ambil sini.

kepek hidung atau puteri mandi. kepek hidung sebab kena tekan kat tengah2 tu.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

11 thoughts on “Memori Puasa”

    1. kak nana… memang rindu…

      pieja, ayah saya pun selalu bawak kami jalan2 dalam kete… trick juga tu…

      irises, nanti i try cari gambar eh.🙂 memang kuih kelantan pun, rasanyalah.
      macam mana preggy mummy, puasa okay harapnya.🙂

  1. thanks aishah! siap letak gambar..😀 memang tak pernah jumpe kuih ni.. nampak macam sedap jek..salut dgn kelapa bergula ye tu?

    puasa stakat ni ok, alhamdulillah..hopefully ok sampai penuh puasa.😀

  2. irises, a ah… macam senang je kan? dulu i tolong bab bulatkan dan tekan tengah tu jer… pastu rebus dalam air.. mak cakap, kalau dia timbul tu, maksudnya dah masak dan boleh la angkat…

    gaul ngn kelapa yang dimasak ngn gula melaka tu la.. manis.. tapi boleh je kurangkan manisnya tu… memang sedap…

    nanti bleh la u pakat ngn mak mertua buat ni.. heheh

  3. eh…ore bukit sireh je kot panggil kepek hidung…ore pasir hor pangge ‘teghi mandi’…heheheh. nway…selamat berpuasa chah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s