Walaupun begitu

Macam mana ya, bila berkawan. Kadang-kadang tak semua sikap yang kita ada disukai oleh kawan-kawan kita, kan. Tak semua sikap kawan-kawan pun kita suka. Ada juga yang kadang-kadang menguji kesabaran, mengundang kejengkelan. Tapi mungkin sebab bila berkawan, dengan ikhlas, membuatkan kita boleh bertoleransi dengan segalanya. Berkawan jadi lebih mudah bila kita sedar kelemahan kita, dan bersyukur bila kawan-kawan yang kita ada sentiasa memperbaiki kelemahan dan melengkapi ketidakcukupan kita.

Ada juga perasaan macam, Ya Allah, kenapa dia begini begitu. Tapi itu saja. Satu perkara tu saja yang buat kita letih dengan dia. Sedangkan ada 4 ribu lebih lagi kebaikan dia pada kita, antara kita sedar atau tidak. Bila kita sedih, penat, bosan, nak membebel, dia juga yang kita cari. Hihi. Kita pun, kalau mengamuk-ngamuk, kutuk kutuk, marah marah… dia sabar je. Haha. Saya tahu, saya selalu membebel kat certain kawan-kawan… tapi kerana mereka kawan-kawan yang boleh tolerate sikap saya dan memahami saya, semua itu tidaklah berlarutan.

Tak tahulah. Kesabaran kawan-kawan saya memang tinggi agaknya bila nak melayan kebengongan saya. Hihi. Maaf ye kawan-kawan.

Jennifer Aniston pernah berkata, ehem (setelah dialihbahasa) ; Kita takkan tahu sikap sebenar seseorang selagi kita tak travel dengan dia.

Okaylah.

Saja nak berbicara pasal friendship.

Terima kasih kawan-kawan semua. You know who you are.๐Ÿ™‚

love them all!
mereka lagi..๐Ÿ˜€
traveling together
diorang pun๐Ÿ˜€

ada ramai lagi…. thanks guys!

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Walaupun begitu”

  1. tu ialah gambar masa i muda-muda. rupanya kita berkawan lama juga, ya.

    ecah, tengs sbb jadi kawan yg baik sgt dgn kak nana.

  2. a’ah, kdg2 kalau rasa tension dgn kawan, lebih baik fikir kebaikan yg ada pada dia, sejuk sikit hati..๐Ÿ˜€
    Sebab kalau difikirkan balik, sy sendiri pun bukanlah kwn yg baik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s