Setakat pagi ini.

Alhamdulillah, saya sudah selamat kembali ke Malaysia.😀 Macam pergi jauh dan lama saja kan.

Setakat pagi ini, hmmm.

Sampai di pejabat dan tengok ada banyak surat untuk saya di pigeon hole.

  • surat dari Mitiey pasal mesyuarat hari ini jam 9.30 pagi. Saya malas nak pergi sebab saya pun tak faham kenapa bila dah tahu saya hanya akan masuk kerja pada pagi Isnin dan tidak berada di pejabat sepanjang minggu lepas tapi masih lagi nak masukkan surat tu dalam pigeon hole saya. Saya ada pegawai lain di unit yang sama yang boleh hadir ke mesyuarat itu; Saya sangat geramlah! Kalau mitiey tu ada di Putrajaya saya boleh consider lagi. Tapi, mujurlah saya tergerak nak telefon pegawai Mitiey tu dan tanya mengenai mesyuarat ini in case ada perkara yang boleh dilapor melalui telefon saja… Alhamdulillah, pegawai tu kata mesyuarat itu ditunda…. Masalahnya, surat penundaan tidak pula diletak dalam my pigeon hole! Dan pegawai itu kata, surat penundaan dah hantar minggu lepas!! Aiyo!;
  • Surat dari bahagian pinjaman. Oh. Permohonan tidak boleh diproses sebab dokumen tidak lengkap! Saya pun tak faham sebab… saya pergi ke bahagian pinjaman dan minta pegawai mereka semak sendiri borang saya, yang mana tidak lengkap semua tu. Dua hari berturut-turut saya melepak tunggu giliran dan minta mereka menyemak tapi masih lagi dokumen tidak lengkap… aduh…
  • Okay, semasa menulis ni saya sedar yang semua orang memang macam saya juga, terdedah kepada kesilapan yang mungkin dirasakan kecil bila kita lakukan tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar kepada orang lain. Kan. Jadi saya bersabar jelah. Semua orang pun manusia biasa juga.

Cukuplah dulu. Saya nak bagi orang vacuum bilik dulu. Seminggu lebih tinggal ni.

Selamat pagi.

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

3 thoughts on “Setakat pagi ini.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s