Cerita Chennai.

Alhamdulillah, saya dah balik dengan selamat dari Chennai, tanpa bekalan sakit perut yang teruk seperti yang ditakutkan oleh kebanyakan orang lain yang ke India.πŸ™‚ Perut saya terjaga oleh masakan orang Malaysia di sana yang sangat erat, dan rajin menganjurkan “potluck” yang diadakan hampir setiap bulan, dan syukur sekali lagi, kedatangan saya ke sana jatuh pada hari potluck.πŸ˜‰

Khair, host saya di sana kata senang sungguh saya suaikan diri di sana. Mana taknya, pada hari saya tiba, Khair diarahkan ke luar daerah, 7-8 jam memandu dari Chennai. Mujur ada Abdullah, pemandu pejabat CG di Chennai yang telah diamanahkan untuk mengambil saya di lapangan terbang. Perancangan Khair sungguh rapi sekali, disertakan juga duit poket dan telefon. Telefon tu sebenarnya digunakan oleh semua official Malaysia yang datang ke Chennai.

Abdullah menghantar saya ke rumah Anie, seorang staff di CG. Malam tu, Nazrul, atase Imigresen di Chennai datang untuk bawa Anie dan saya makan malam bersama dua lagi rakyat Malaysia di Cream Centre, sebuah restoran Vege yang paling sedap di Chennai, kata mereka.πŸ™‚ Sungguh cepat kami “klik” dan bertuah bila Keng telah sudi menaja makan malam saya dan semua pada malam itu. Rasa “tandoori paneer” masih lagi melekat, sedap sungguh!

Waktu Nazrul cuma memberhentikan kereta di depan restoran dan terus menyerahkan kunci kepada pengawal restoran, saya cuma berkata “Wah!”. Nilai ringgit di sana sungguh besar, dan Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat di sana yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari rezeki. Kereta Nazrul di “vallet parking!”. Kalau di Malaysia tentu kita (saya) berfikir beberapa kali sebelum mengambil keputusan menggunakan khidmat vallet. Kan?

Hari Sabtu. Potluck pertama, Khair minta saya wakilkan dia.πŸ™‚ Pergi dengan Anie, dijemput Abdullah, dan kami pick up Nazrul. Sungguh meriah. Jumpa orang Malaysia, tapi masa tu saya banyak duduk saja. Tak biasa, pemalu. HAHA. Tapi cepat saja saya “warm to them”. Mungkin memang sudah nature diri sendiri yang tak boleh duduk diam. Tapi saya kenyang melihat makanan. Sombong, maklum baru sampai dari Malaysia.πŸ™‚ Tapi masih ingat lauk-pauk yang beraneka jenis tu. Kenyang saya, sampai lupa nak makan kek.😦

Lepas potluck tu Nazrul dan Anie bawa saya pusing-pusing Chennai. Pergi dua tiga kedai yang menarik, tapi saya tak jumpa apa-apa yang menarik lagi. :(Β  Lepas tu, kami pergi kedai gelang di Prince Plaza! MashaAllah! Rambang mata saya tengok gelang yang banyak-banyak tu!πŸ™‚ Nazrul pun pertama kali datang situ!Β  Malam tu, Anie bawa saya dinner di Pelita. Ya, Pelita. HAHA. Pelayan di Pelita semua boleh bercakap Melayu dan kenal Anie.πŸ™‚

Ahad, Anie dan Abdullah bawa saya ke Saravana Store untuk beli saree. Duit dah tak cukup nak beli banyak, jadi terpaksa pinjam duit Anie sementara tunggu Khair balik untuk tukar duit lagi dengan dia.

Lepas tu, Abdullah hantar kami ke rumah Khair, untuk mengemas dan buat apa-apa yang patut sebab malam tu potluck akan diadakan di rumah Khair pula sempena sate yang saya bawa dan ada kiriman sate juga dari Malaysia yang baru sampai hari Sabtu di rumah Kak Aziera. Kami belasah saja apa yang kami jumpa dalam peti sejuk Khair dan saya masak lunch untuk Anie dan saya. Khair masih belum sampai dari Salem.

Pukul 6 petang, kami mula membakar sate, sejam selepas Khair sampai. Meriah sungguh. Ada beberapa pelajar Malaysia di Chennai turut datang membantu. :)Β  Dalam pukul 8, semakin ramai yang datang. Kebanyakkannya yang saya jumpa pada hari Sabtu.πŸ™‚ Familiar, dan sudah agak mesra.πŸ™‚ Majlis agak meriah bila tiba waktu untuk sambutan birthday Khair yang dah lewat 14 hari!

Isnin, Khair dan Anie dapat cuti dan kami pergi melawat beberapa tempat di Mahabalipuram dan Pondicherry. Mahabalipuram ialah tempat “stone temple” yang sangat unik.πŸ™‚ Ukiran di kuil berkenaan sudah berusia ribuan tahun dan sangat halus.πŸ™‚ Cuaca sangat panas tapi semuanya adalah menarik.

Kami ke Pondi untuk melihat pantai. Sungguh, pantai di PD jauh lebih indah! Syukur sekali berada di Malaysia. Berjalan-jalan di sana. Khair juga yang shopping paling banyak.πŸ™‚ Kami pulang ke Chennai dan singgah di tepi jalan, minum air kelapa dan makan isi kelapa laut.πŸ™‚ Sampai di Chennai, singgah lagi beli saree last minute dan inai!

Selasa pagi, saya dah terbang ke Malaysia, AK244 dari Chennai, pukul 0830 dan selamat sampai di LCCT jam 1455Β πŸ˜‰

Trip ini sungguh istimewa dan saya rasa gembira!πŸ™‚

Nanti saya letak gambar!

 

 

 

 

 

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Cerita Chennai.”

  1. echah… aku ingat nak g awal bulan 7 ni.. menziarah rakan kita di sana.. sian die… 3 tahun posting baru beberapa sahaja rakan yg melawatnya.. brape nk bajet bawak duit utk sari ni? RM1000 agak2 cukup dak? penginapan ditanggung beres katanyaπŸ˜€

  2. nak visit lah niπŸ˜‰ dah roger khai dah… aku dah nk beli dah tiket pagi tadi… website airasia plak yg buat hal.. pegi balik dlm RM700…

    1. yeah! okay. semoga dapat tiket yang lagi murah. ada hikmah tu. ari ni air asia ada promo buy one free one kan… so sabar la sikit eh!πŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s