Cerita-cerita pendek

Cerita 1.

Semalam mesyuarat pasal projek-projek pembangunan usahawan. Ada juga bincang pasal bengkel automotif dsb. Kawan di sebelah, kawan lama yang agak rapat mengomel sendirian.

Dia : Bini aku bagi kereta mewah macam mana pun, mesti dirosakkannya juga.
Saya : Wah. Kereta apa?
Dia : Satu Harrier, satu Volvo. (Ya, dia kahwin dua)
Saya : Wah!
Dia : Kalau kau kahwin dengan aku pun aku bagi kereta mahal juga nanti.
Saya : Hampeh!

Kawan saya ni memang kelakar. So, gurau-gurau dia takde kesan.

Cerita 2

TM menghantar saya ke LCCT pada hari saya bertolak ke India Jumaat lepas.

TM : Chah, belikan aku magnet tau. Magnet bendera. Aku nak kenal bendera-bendera negara dunia.
Saya : Kau google je dapat tengok kan…
TM : Tak best. Kalau letak kat peti, hari-hari aku tengok…
Saya : Mengadanya. Aku rasa bendera negeri-negeri Malaysia pun kau tak hafal warnanya kan!
TM : Aku tahu la!
Saya : Hah, Kelantan bendera dia berapa warna?
TM : Hmmmm… TIGA???!!!!
Saya : Yelah! Bendera Kelate ada dua warna jelah!!!

Anyway, saya belikan juga untuk TM magnet bendera India. Itupun puas cari di Chennai, nada! Jumpa di Airport Chennai masa duit rupee dah tinggal serdak. Dapatla juga. Saya bayar campur-campur dengan RM. Mereka suka je terima RM! Alhamdulillah!

By the way, ini bendera Kelantan…

 

Ya, klik pada gambar untuk sumber gambar😀

Sementara itu, dilampirkan jugalah gambar-gambar semasa di India😀

 

Ini ialah salah satu daripada banyak-banyak row di kedai gelang, Prince Plaza...
Tempat beli saree... sangat ramai orang.. Saravana Store...
Acara bakar sate di rooftop apartmen Khai😀 (Khai, Nazrul dan saya🙂 )
depan Pejabat Consulate General
Di Stone Temple, Mahabalipuram
Mahabalipuram😀
Bersama Anie🙂

Itu sahajalah. Cerita pendek jer, gambar yang banyak.

Selamat hujung minggu…

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

5 thoughts on “Cerita-cerita pendek”

  1. bendera Johor ada 3 warna – merah biru putih😀
    tapi memang tak ingat semua warna untuk semua bendera negeri2 dalam Malaysia. shame on me.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s