Dem

Saya tak boleh sembunyikan diri saya yang sebenar. Nak buat macam mana. Saya boleh sesuaikan diri dengan keadaan-keadaan tertentu tapi kalau berada bersama orang yang saya senangi biarlah saya menjadi diri saya yang biasa. Yang loose. Yang fragile. Yang apa-apa sahajalah yang saya harapkan orang-orang yang saya senangi itu faham dan terima saya seadanya.

Saya juga tak suka bila sesuatu persahabatan itu perlu menjadi kompleks. Persahabatan seperti kita tahu perlulah diiringi dengan kejujuran, kesenangan dan kebersamaan. Kalau tidak suka dengan perangai tertentu kawan-kawan rasanya kita boleh jelaskan dengan lebih halus. Bukan secara terus menutup peluang komunikasi di antara kita. Saya pun cuba mengelakkan diri dari bersikap sedemikian. Saya tidak suka dengan diri saya sendiri kalau terpaksa mengada-adakan perkara semata-mata untuk menutup salah sendiri. Itu dem namanya. Tapi kalau bukan saya yang sukakan dan maafkan diri sendiri, macam mana saya nak harapkan orang sukakan saya? Kan?

Saya harap sangat bila berkata-kata, biarlah bermakna. Walaupun untuk masa itu. Lagi manis kalau saya ingat perkara yang saya ucapkan. Saya tidak mengharap kawan-kawan berperasaan yang sama cumanya, kalau dah berkata-kata harapan itu biarlah ingat, kalau tidak terbuat.

Lemahnya saya mudah memaafkan dan menganggap semua orang adalah sama macam saya. Saya suka berkawan dan saya boleh berkawan kalau tidak ada rasa awkward yang muncul.

Saya mudah terasa hati tapi hati saya sangat mudah terpujuk. Saya tidak kuasa untuk menahan marah dan benci terlalu lama. Saya tak larat.

Jadi bila kamu berjanji, biarlah kamu buat. Sebab saya ni, walaupun dah banyak kali tersedih sebab kamu saya masih lagi menanam perasaan yang kamu akan berubah dan menjadi baik dan tidak lagi menyebabkan saya sedih dan terkecil hati.

Tapi… boleh kah…

HMMMMM.

 

p.s : kamu itu boleh jadi anyone. termasuk diri saya sendiri.πŸ™‚

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

4 thoughts on “Dem”

  1. fairuz… kamu tu boleh jadi sapa2… kalau kamu baca dan terasa, hihi kamu lah orangnya..

    arin, taklah..πŸ™‚ bila awak ngn fida nak turun lawat saya sini?πŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s