Pemergian

Saya tidaklah rapat sangat dengan arwah Tok Ayah saya yang telah meninggalkan kami pada jam 12.55 pagi, Ahad lepas.  Tiap kali balik kampung, saya akan cuba untuk luang masa melawat arwah di kampung.  Tapi mungkin ada beberapa perkara yang timbul membuatkan saya lebih terasa malas untuk melawat kampung sebelah ibu, berbanding dengan kedua datuk dan nenek di sebelah ayah.

Tapi saya masih ingat, kalau cuti sekolah semasa saya darjah 4 atau 5, saya akan luang banyak masa di rumah Tok Ayah sebab saya ada dua orang ibu saudara (Cik Uji dan Su Nor) yang beza 2-3 tahun saja dari saya. Jadi lebih mudah untuk “klik”.  Ibu akan menghantar kami adik beradik ke rumah datuk nenek mengikut pilihan bila tiba musim cuti sekolah sebab kedua ibubapa saya bekerja dan kami tidak mempunyai pengasuh tetap di rumah untuk menjaga kami sepanjang waktu kerja.

Jadi saya ingat, duduk di rumah Tok Ayah, saya selalu dididik dengan aktiviti bersifat keagamaan.  Jadi pakaian adalah baju kurung setiap hari dan tudung sentiasa ada di kepala.  Dua minggu di rumah Tok Ayah setiap kali cuti sekolah memang mengesankan. Jadi lebih rajin mengaji, lebih senang berselawat, lebih mudah bangun Subuh. Kedua Ma Jah (Ma Hajjah) dan Tok Ayah adalah guru mengaji di kampung. :)  Pada waktu petang Tok Ayah akan bawa saya, Cik Uji dan Su Nor pusing kampung naik motor atau sekadar duduk di beranda minum petang.

Tapi sejak sudah semakin dewasa, bila duduk di asrama, dan terusan sambung belajar di luar negeri balik kampung pun jadi jarang. Jumpa pun masa raya, atau kenduri, membuatkan hubungan tidak lagi serapat dulu. Tambahan cucu-cucu Tok Ayah pun dah bertambah.

Tok Ayah mula sakit teruk selepas Ma Jah meninggalkan kami dua tahun yang lalu. Mungkin rindu. Februari lepas Tok Ayah jadi semakin teruk, hingga ibu pernah kata dengan saya, kalau Tok Ayah pergi pun dia rela. Sebab tak tahan melihat Tok Ayah struggle.

Sabtu lepas, semua pakcik dan makcik adik beradik ibu mula berkumpul. Tok Ayah dirawat di HUSM. Saya dan adik bergegas pulang ke kampung.

Semasa kami berhenti sekejap di Petronas sebelum tol Bentong, pakcik telefon, katanya, tak perlu rush, Tok Ayah dah tiada.

Serius. Saya dan adik diam. Saya pasti kami tidak tahu apa reaksi sewajarnya.  Kami tidak begitu rapat untuk menangisi pemergian. Lagipun lebih baik tiada tangisan.

Kami terus ke kampung.

Bila di rumah Tok Ayah, barulah semua kenangan datang.  Saya mula teringatkan bagaimana Tok Ayah menjaga saya semasa berbelas tahun yang lalu. Marah, ajar ngaji, gerak Subuh. Naik motor… tengok air banjir..

Ermm… Al-Fatihah.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

5 thoughts on “Pemergian”

  1. aku pun tak rapat dengan atuk & nenek, terutama bila dah dewasa. but when they passed away, i think i cried the most.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s