Jual Mahal

“Saya ada conclusion baru!” kata saya semasa makan di Ikea bersama NS dan KJ.

“Oh yeah?” balas NS, malas dan sambil mengerjakan kepak ayamnya. Pandang saya pun tidak.

“Kamu tahu kan.. kita selalu dilabel jual mahal… bila orang kata “itulah kamu, orang nak kat kamu, kamu jual mahal” ” sambung saya.

“Aha.. membosankan” KJ mula berminat.

“Saya rasa, sebenarnya orang yang dikatakan suka dengan kita tu, macam tak adalah suka betul… Kalau betul, tentu adalah usaha untuk menangi hati kita. Hati ni, kalau dah diusahakan, yang tertutup pun akan terbuka.. Mungkin kita akan jadi suka juga lama-lama, tak banyak sikit. Kelihatannya, seperti suka kat kita tu hanyalah sikit-sikit dan bila kita tak layan terus dikata jual mahal..” saya ulas lagi.

“Betullah! Macam tak ikhlas…” KJ bagi pandangan.

“Hmm… yang mahal pun akan jadi murah kalau kena pujuk…” sambung saya.

NS angguk, dan kami terus sambung habiskan meatball, dan kek Daim Ikea yang sedap tu.

"meatballs and daim cake"... what a treat

p.s : Saya rasa hati saya besar, sebab saya dengan mudah akan suka seseorang.Β  Tapi pada masa yang sama, hati saya sangat nipis. Terlalu banyak ruang untuk dilitupi. Mungkin sebab itu saya mudah terasa. Mungkin? Tapi saya tak tahu, hati saya ni, cepat kah recover…

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

15 thoughts on “Jual Mahal”

  1. Fred: Jane, do you believe love conquers all?

    Jane: I want to.

    Fred: Then if he’s meant to be with you, let him fall in love with you.

    (Drop Dead Diva S02E08)
    p/s: just for sharing ;p

  2. arin, jangan mudah terpengaruh dengan siri tivi okay. heheπŸ˜€ cerita tivi tu semuanya sweet sweet belaka…. bukanlah saya sudah berfikiran negatif tapi itu lah kenyataannya…

    pnF, betul juga. tapi kadang-kadang mr.right tu ada saja depan mata, cuma mungkin kedua-dua pihak tak sedar, atau pun salah sorang tu yang tak sedar.

    1. boleh je nak macam tu..πŸ˜€
      i pun ada gak berpegang kepada beberapa siri tivi..
      contohnya sex and the city… secara halus, jodoh Carrie and Big… walau dah berpisah, dah berkahwin dengan orang lain, but in the end, they are together. it gives us hope.. kan?

      er.. you tengok tak sebenarnya satc tu?πŸ˜€

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s