Jual Mahal

“Saya ada conclusion baru!” kata saya semasa makan di Ikea bersama NS dan KJ.

“Oh yeah?” balas NS, malas dan sambil mengerjakan kepak ayamnya. Pandang saya pun tidak.

“Kamu tahu kan.. kita selalu dilabel jual mahal… bila orang kata “itulah kamu, orang nak kat kamu, kamu jual mahal” ” sambung saya.

“Aha.. membosankan” KJ mula berminat.

“Saya rasa, sebenarnya orang yang dikatakan suka dengan kita tu, macam tak adalah suka betul… Kalau betul, tentu adalah usaha untuk menangi hati kita. Hati ni, kalau dah diusahakan, yang tertutup pun akan terbuka.. Mungkin kita akan jadi suka juga lama-lama, tak banyak sikit. Kelihatannya, seperti suka kat kita tu hanyalah sikit-sikit dan bila kita tak layan terus dikata jual mahal..” saya ulas lagi.

“Betullah! Macam tak ikhlas…” KJ bagi pandangan.

“Hmm… yang mahal pun akan jadi murah kalau kena pujuk…” sambung saya.

NS angguk, dan kami terus sambung habiskan meatball, dan kek Daim Ikea yang sedap tu.

"meatballs and daim cake"... what a treat

p.s : Saya rasa hati saya besar, sebab saya dengan mudah akan suka seseorang.Β  Tapi pada masa yang sama, hati saya sangat nipis. Terlalu banyak ruang untuk dilitupi. Mungkin sebab itu saya mudah terasa. Mungkin? Tapi saya tak tahu, hati saya ni, cepat kah recover…

15 thoughts on “Jual Mahal

  1. arinzone April 24, 2011 / 8:00 am

    Fred: Jane, do you believe love conquers all?

    Jane: I want to.

    Fred: Then if he’s meant to be with you, let him fall in love with you.

    (Drop Dead Diva S02E08)
    p/s: just for sharing ;p

  2. pnF~ April 25, 2011 / 10:01 am

    kdg2..bukan jual mahal…tp Mr Right tu x sampai lagi…=)

  3. aishah April 25, 2011 / 10:52 am

    arin, jangan mudah terpengaruh dengan siri tivi okay. hehe πŸ˜€ cerita tivi tu semuanya sweet sweet belaka…. bukanlah saya sudah berfikiran negatif tapi itu lah kenyataannya…

    pnF, betul juga. tapi kadang-kadang mr.right tu ada saja depan mata, cuma mungkin kedua-dua pihak tak sedar, atau pun salah sorang tu yang tak sedar.

  4. arinzone April 25, 2011 / 11:47 am

    haha..cuma nak sedapkan hati dan perasaan. ape salah nya berpegang pada alam fantasi sebab realiti tak seperti yang diiingin kan..(uweekk) ;p

    • aishah April 25, 2011 / 11:50 am

      boleh je nak macam tu.. πŸ˜€
      i pun ada gak berpegang kepada beberapa siri tivi..
      contohnya sex and the city… secara halus, jodoh Carrie and Big… walau dah berpisah, dah berkahwin dengan orang lain, but in the end, they are together. it gives us hope.. kan?

      er.. you tengok tak sebenarnya satc tu? πŸ˜€

  5. pnF~ April 25, 2011 / 12:21 pm

    yup..betul…mcm kawan sy..cari pasangan merata tempat..rupe2nye,yg depan mata tu jodoh die..hehe

  6. Fairuz April 25, 2011 / 8:02 pm

    dilema 29 ke? haha

    • aishah April 26, 2011 / 8:49 am

      ini bukan dilema. it’s a thought.

  7. nolee April 26, 2011 / 11:31 am

    aku lapar melihat gambar juadah IKEA ittewww..
    (hish ..asyik pikir makan saja)

  8. arinzone April 26, 2011 / 11:56 am

    saya masih menganggap diri berumur 19thn.haha..
    act saya tak pernah tengok satc..huhu
    boleh bincang pasal ddd or lj =)

  9. aishah April 26, 2011 / 12:54 pm

    nolee; aku pun.. hihihi

    arin, okay… noted on that. oh. ye, masa mengemas tu pun i turut jumpa dvd lipstick jungle.. full season 2.. πŸ˜‰

  10. arinzone April 26, 2011 / 2:41 pm

    cha..tolong ye, kalo dtg trg bawak dvd lj..plissssssssssssssssssssssssssssssssss!

    • aishah April 26, 2011 / 3:08 pm

      bilalah saya nak pergi terengganu…
      awak dengan fyd tak nak datang lawat saya kat sini ke? πŸ™‚

  11. arinzone April 26, 2011 / 4:56 pm

    fyd nak pergi kl cuti weekend nanti.. ble la awak deting dengan dia dan jangan lupe kirim lj oke…haha

    • aishah April 26, 2011 / 4:59 pm

      nanti minta fyd contact saya eh.
      sebab last break dia tak contact saya balik pun. katanya nak lepak2. saya merajuk lah!

Tinggalkan Jawapan kepada arinzone Batal balasan