Untuk semuanya.

Idealis. Pelupa. Pembohong. Aktif. Ceria. Talkative.

Saya.

Saya idealis [dan imaginatif]. Untuk soalan simple dari AT yang berbunyi;

“Kalau saya park kat sini, kereta tu boleh keluar tak?”

Sepatutnya saya jawab, “Ok je. Boleh.”

Tapi saya jawab;

“Boleh. Kalau tak pun awak tinggalkan saja nombor telefon di cermin depan kereta. Boleh dia telefon kalau perlu.  Ermm. Kereta awak cantik, tentu dia maafkan. Awak boleh tulis juga “if you like my car, you would like me too”. Bla, bla, bla.”

Sedang AT bersusah payah memarkir kereta saya masih lagi berdialog bodoh dan berangan.

Kan?

Pelupa.

Sebab sepatutnya saya boleh menghadiri satu talk di Shah Alam, berkaitan dengan bidang kerja. [ada kebarangkalian berjumpa dengan seorang industrialist yang handsome] Tapi mungkin keberkejaran mesyuarat yang pagi tadi membuatkan saya lupa keinginan nak menghadiri seminar berkenaan. Teruk kan. Mujur boss dah meletakkan arahan seperti “tengoklah, kalau perlu dan tak ada urusan, pergi.”

Pembohong.

Haha. Bohong diri sendiri untuk menguatkan diri boleh kan?

Aktif, eh. Saya baca entri lama-lama, saya ada menyatakan “I skipped my weekly jogging activity” Dan saya terpukul. Adakah benar dulu saya jogging tiap-tiap minggu? Kenapa sekarang sangat malas????

Talkative?

Sunyi tau bila saya tak ada.

Hmmmmmm.

Oh. Sungguh bagus contoh penggunaan “berlapik” sekarang ni.

Minggu ni saya nak update belog hari-hari, boleh?

Ok. Cukuplah.

Advertisements

4 thoughts on “Untuk semuanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s