Once in a while

Biasanya, kalau tajuk bahasa Inggeris, entry automatik jadi Melayu. Whadehel entah. Whatever lah!

Orang kata, kalau kita mimpikan seseorang masa tidur, maksudnya orang tu memang teringatkan kita semasa sedarnya. Hmm. Boleh dipakai tak? Actually I mimpikan seseorang malam tadi. Kawan yang pernah sangat rapat. Tapi sekarang tidak lagi, for good. Mimpikan dia tiba-tiba. I yang ingatkan dia sangat kut, sebenarnya.

Kenapa I teringatkan dia? Sebab lama tak jumpa dan tak bersembang. Maybe. Takpelah. I malas nak fikir.

Kebelakangan ni, I rasa kesabaran I selalu teruji lah. Ini agaknya kesan-kesan peralihan usia. Selalu macam nak marah saja. Ada masanya, I just blurted things out. Then, sebelum dapat apa-apa jawapan, (dan sebelum orang sedar yang I was angry) I akan pergi dari tempat I meninggikan suara tu, dan pergi menyendiri, (dalam pejabat, dalam kereta). Biasanya I berfikir dan bertanya diri kenapa nak marah sangat dan kenapa terasa hati sangat ni? Lepas tu, I akan diam-diam dan rasa betul semula, I akan kembali mingle dengan makhluk-makhluk yang hampir meledakkan api ni.

Tapi, masalahnya ialah, I bukanlah dikenali sebagai orang yang suka marah. Kadang-kadang kalau I marah pun, tidak ada kesan. I pun tak tau nak buat macammana. Nak suruh I mengamuk menjerit-menjerit dulu agaknya baru sedar yang I ni marah. Low class la pulak. Malas nak layan.

Kawan-kawan yang diharap mengerti pun kadang-kadang buat derk ja. Sampai kadang-kadang I rasa takde kawan pun ada jugak. Boring kan?

Malas nak layan juga.

Takpela.

Kadang-kadang tu rasa nak menangis jugak. Tak fahamlah.

Okaylah.

Thanks lah baca entry entah apa-apa ni.

Take care.

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

4 thoughts on “Once in a while”

  1. alolololo..aku kah itu yg tak mengerti dirimu (hewahhh)..
    tapi, biasalah camtu..marah2 sbb something tickled us, itu normal. yg tak normal, tetiba naik hangin..takot wooo…aku mmg tak dpt selalu borak2 dgn kau..faham jer la yer….peace!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s