Jam Sepuluh Ringgit

Hari tu, I ada jaga kaunter pendaftaran untuk satu program band-band ni. You know lah, I ni sangat suka bercakap kan, so sambil-sambil jaga kaunter tu I sembanglah dengan budak-budak band yang mendaftar tu. Boringkan.  Diorang pun bosan nak tunggu turn tulis nama. Heee.

Tetiba ada sorang mamat ni dia tulis nama depan I. I dah lupa lah nama apa dia tulis tu. Tapi jam dia sama macam jam I. Yang I beli RM10 je dekat pasar Machang.

I : Eh, I ada jam yang sama.
D (Dia) : Ye?
I : I punya warna purple. (Dia warna kuning)
D : Comelkan, warna warni.
I : Tapi, I punya RM10 jer.
D : Samalah ni, I punya pun RM10.
I : Haha.
D : Senang. Nak pakai. Ringan, hilang pun takdelah kisah sangat.

Pastu kitorang gelak-gelak.

Lepas dia masuk untuk persembahan tu, budak-budak kaunter yang ada kat situ terus sembang dengan I.

Tau tak sape tadi tu, diorang tanya. I pun tak kisah sangat. Tapi diorang cakap…

“Kak, tadi tu, pemain gitar Newboyz la… sembang macam kenal!”

I pun…

“Oh? Hehe. Wah. Dia layan je. HAHA”

Baguslah dia tu.

this is my RM10 watch🙂

p.s ;  pembetulan, he’s not a guitarist, he’s the drummer…😛

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

7 thoughts on “Jam Sepuluh Ringgit”

  1. Saya peminat Casio edifice sebab digital ngan analog, lawa Aisyah…kalo duk Swiss best ..leh dapat Swatch nga fossil murah2…

  2. arin, jam tu i pakai time bersukan je.. sebab ringan…🙂

    nine, i dah google…. memang cantik jam tu… sekarang ni pun i pakai jam Casio gak, tapi yang biasa jer… yang edifice tu paling suka yang warna hitam tu. smart sangat!

  3. Yup mmg Lawa😀, owh Aisyah pakai Casio gak ker ? hehe ada geng, saya baru ada 3 jenis edifice, yg latest beli tahun lepas, yg best sebab edifice takkan lebih RM500. Saya dapat yang chrono RM450. Kira mampu milik bagi sesiapa pun. Lagipun Jam bukan nak beli selalu kan. Better pilih yang puas hati.

    Masa remaja dulu saya gemar kumpul Swatch. Swatch start pakai saya form 4. Then kumpul. Saya mmg gila Jam ngan kasut sikit. Baju seluar beli murah2 jer sebab hari2 kena tukar. Hehe.

    1. fauzani..glad this story buat you ceria😉

      nine, panjang sungguh ceritanya.. .thanks for sharing… skrg ni i pakai casio rm100+ jah.. yang ada 3 dial kat dalam tu, yang biasa punya… swatch ada satu jer… tak minat sangat…

      buzzy, bestnya ada banyak colour… hehe.. nanti kalau jumpa saya nak beli warna merah la pulak…😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s