Berbuka di luar?

Ha… ini bukan discussion, walaupun ada tanda soal. Hee. I nak cerita pengalaman buka puasa di luar masa zaman belajar dulu. Funny pulak.

Dulu I belajar di UPM, Serdang. Ada satu hujung minggu tu, I and my best friend, Jaja planned nak pergi berbuka di Mines. Kat KFC je… saja galak lebih padahal kat Seri Serdang pun ada KFC. Hee. Kami pergi berdua je, senang.  Dulu kalau keluar dengan Jaja mesti berperasaan nak pakai cantik dan kemas sebab dia memang selalu pakai kemas je. Cantik terletak. Kalau I pakai selekeh2 (t-shirt dengan jeans je) mesti rasa tak best. HUHU. (Padahal waktu first sem dua dua dressing cam hape…) HUHU.

Dah dekat-dekat waktu berbuka tu, kami pun pergila KFC, secure seat dulu, then baru order. Masa tu kami dapat seat untuk 4 orang tapi kami berdua jer. Lantaklah. Masa tu orang tak ramai lagi so kami pun tak rasa serba salah sangat. Sampailah dalam 10 minit nak berbuka tu, ada lagi few people yang masih bergelandangan takde seat. Yang paham bahasa tu tentulah dah tak nak makan kat situ kan kalau tengok penuh semacam. Tapi ada juga yang saja je buat tak reti… pastu mula lah buat muka kesian bawak tray penuh KFC. Ada la mamat dua orang ni duk approach table kami.

Me : Ja, kalau muka penjahat ni jangan la bagi dia duk meja kita…
Jaja: A ah. Takut aku…
Me : Alamak, dia datang… alamak.. (muka cuak dua dua)…

Pastu, (memang mamat dua orang tu datang kat meja kami pun… huhuhu)

Mamat : Cik, kerusi ni ada orang tak…
Me : Takde. Ambiklah nak kerusi… (hahah bagi kerusi jer…)

Mamat tu pun tarikla kerusi… Aisey, kesian la pulak tengok, takkan nak makan sambil letak tray atas paha kan. Pastu terpaksala I dengan Jaja pelawa diorang duduk semeja ngan kami…

Mamat : Tulah tadi, macam kejam jugak bagi kerusi je…
Jaja : Kesian lah tengok muka korang. Muka seposen sungguh!

HAHA, turned out, diorang ni pun student, sorang tu memang budak UPM dan sorang lagi budak IKRAM agaknya. Yang cakap banyak budak UPM tu. I lupa dah nama dia… Serius, gila lawak budak berdua ni… haahaa

Me : Tadi kami memang tak nak bagi korang duduk, muka macam penjahat je….
Mamat : Cheh. sampai hati. Tapi kami memang target meja ni pun… HAHA (boleh tak macam tu…)

Pastu, masa nak balik tu diorang tanya kami balik macam mana, kami cakaplah naik teksi… Diorang cakap jomlah balik sekali, I ngan Jaja pun okaylah, boleh save tambang teksi… Sekali diorang cakap, apa lak naik teksi… diorang nak hantarkan… Rupanya diorang bawak kereta…🙂 Memang save la duit teksi I dengan Jaja malam tu, alhamdulillah… Diorang antar terus depan tangga lobi Kolej. Nice.

Budak-budak tu muka je cam penjahat tapi hati baik🙂  Dan kami pun memang tak patut kan, tak nak bagi kongsi meja. HAHAHA.

Tu sajalah…

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

4 thoughts on “Berbuka di luar?”

  1. kalo aku mest terpk “nak naik kete dgn diorg? kalo diorg ni org jahat n bw aku g jual mcm mn? hahhaha”. dasar penakut

  2. oren, memang la ada gak fikir cgitu… tapi dah bersembang lama2 tu… tambah2 lagi bulan puasa… yang muka penjahat tu sebenarnya sangat lawak… haha

    arin, yang study kat ikram tu, entahla tak tau kabar tapi yang student upm tu amik forestry la… takkan jadi engineer… adalah jumpa dua tiga kali di persekitaran upm… and still lawak lagi tiap kali jumpa… hampeh jer…

    tapi sekarang ni… muka diorang pun i da lupa.. entah kat mana entah….

    1. cha, awak tau adik saya amek forestry kat upm. mesti kenal senior dia. haha..saya selalu lepak kt kolej mohd rashid. kwn saya kerja kt library upm nama shamsul farid . kenal x?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s