Okay, masa untuk bercerita

Hmm.

Tak ada apa sangat pun sebenarnya. Cuma saya pun rasa pelik dengan diri sendiri. Kursus yang dua minggu, kawan-kawan yang 14 orang lain tu rasa macam tak signifikan langsung jika nak dibandingkan dengan dua hari terakhir saya di sana, yang saya habiskan dengan seseorang yang saya rasa saya suka sangat.

Hai, tak adilkan?

Sebenarnya, saya rindu sangat dengan kawan-kawan yang saya jumpa kat sana, juga dengan Heeyoun dan Soon. Serta Director dan Vice President yang selalu sangat mencuri masa sibuk mereka, datang ke kelas kami untuk ucapkan “hi, how are you” even sekadar ucapan ringkas macam tu, kami yang penat ni rasa sangat terhibur.

Memang saya pun ada terfikir, di Malaysia ada ke macam tu?

Dulu masa kursus 6 bulan di satu tempat tu, Director masuk kelas hanya untuk bebel. Berbeza kan? Macam tak betul sangat kami ni sampai semua pun nak dibebel.

Masa tu, saya terima saja bebelan tu walau dalam hati macam “Kami bukan budak kecil baru masuk asrama dan kami tahulah baik dan buruk”. 

Kursus yang saya pergi tu adalah di bawah inisiatif Republik Korea untuk bekerjasama dengan negara ASEAN,  yang mana lebih kepada sharing of knowledge, technologies and advancement.  Dalam konteks pengangkutan dan logistik.

So semasa kursus ni kami di bawa ke pelabuhan, lapangan terbang, naik keretapi laju, naik bas, naik jambatan yang hebat, lalu sea immersed tunnel yang hebat juga dan juga inland container depot… saya suka la…. Tapi sebenarnya, dalam pembangunan ni banyak juga pro and kon nya. Tak dinafikan, isu yang dihadapi oleh kerajaan Korea tak banyak beza dengan apa yang kita hadapi di Malaysia. Manusia tak pernah puas, kan.

Kami juga ada beberapa sesi kelas, dalam 5 hari lectures berkaitan polisi dan teknologi. Suka juga. Perbincangan yang menarik.

Lagi, apa ya?

Itu saja kut. Maafla cerita pendek saja. Gambar pun nanti la saya letak.

Sekian, wassalam.

 

Oh pasal mamat yang saya jumpa dua hari last tu, saya rasa it was just an autumn fling. I tak tau la. Mungkin sampai situ ja. Sampai Korea saja.

 

Oh. Sungguh saya rindu jalan2 di Gangnam. Walaupun berbukit. Walaupun saya rasa macam tak cukup oksigen bila jalan dari subway ke hotel. Saya tetap rindu.

 

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

4 thoughts on “Okay, masa untuk bercerita”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s