Berkawan

Buzzy, ni entry berkaitan twit semalam.

Pagi semalam I twitted something sounds like this, (malas nak cek twitter)

ada orang yang dah hilang hak sebagai kawan. lebih kepada saling mengenali

Lebih kurang gitulah bunyinya.

Bukan apa. Ini sebenarnya untuk orang-orang tertentu yang telah kecilkan hati saya banyak kali. (Terbayang each of them as I type this).

Saya tak tahu macam mana berkawan (in real life, not as in your FB friends list). Ada orang kata friends tak perlu say sorry.  Saya tak rasa itu betul. Friends itu, friends ini. AH, kita dimomokkan dengan all those sweet things about friendship. Friendship tu kan tulus, ikhlas. Betul, tak mengharapkan apa apa balasan tapi bila kita saja yang memberi, terfikir juga, friendship ke begitu? I mean if saling tak mengharap balasan, sebelah lagi tu buat apa? Keep on asking asking and asking without giving anything.

Mungkin saya ni terlalu cerewet, terlalu berpegang pada definisi persahabatan yang saya belajar dari himpunan kata-kata manis dari kecil lagi, mungkin sebab itu definisi persahabatan adalah terlalu kompleks untuk saya.

Sedaya mungkin saya cuba jaga persahabatan saya dengan orang yang sudi berkawan dengan saya, tapi saya pernah juga orang label sebagai tak reti bersahabat. Alhamdulillah, dia berkata benar dengan saya, menyedarkan saya. Itu kan sahabat. Bercakap benar walaupun pahit. Saya syukuri ada kawan2 yang macam ni. Yang sentiasa menyokong tapi bila sesuatu itu salah akan tetap menyedarkan saya, bukannya membabi buta tetap menyokong.  InsyaAllah, saya akan juga bercakap benar dan berterus terang dengan mereka sekiranya perlu.  Kawan yang baik akan membuatkan kita sentiasa mahu jadi yang baik.

Ada orang kata saya ni baik sangat, sebab tu orang sesuka hati datang dan pergi dari hidup saya. Hi. Saya pun pernah juga datang dan pergi sesuka hati dalam hidup orang. Tapi sekali saja. Tak ada ulangan datang dan pergi berkali kali. Tapi orang-orang yang kata dia kawan saya ni ada jenis yang berulang kali datang dan pergi sesuka hati dari saya, sebab mungkin mereka sedar saya ni akan tetap kawan dengan mereka. Saya pun tak pernah terfikir yang hal ni masuk dalam kategori saya ni baik sangat. Yang saya tahu, saya ni suka berkawan. Dan mungkin ada alasan mereka nak datang dan pergi sesuka hati mereka. Entahlah.

Malas lagi saya nak tulis. Berkawan ni kan luas definisinya. Janganlah kita sempitkan. Tapi kalau dah selalu sangat saya tertanya-tanya pada diri, saya rasa lebih baik tak ada kawan, kan? Teruk tak?

Bukanlah bermakna saya tak nak kawan terus. Tapi… entahlah. Lebih baik kita just jadi saling mengenali. (Acquaintances) Oh, saya kenal dia, instead of saying, oh, dia kawan saya. Walaupun memori saya dengan dia adalah seluas lautan, atau setinggi gunung. Kalau banyak yang pahit dari yang manis, biarlah…

Hmm.

Mungkin ada orang yang terus buang saya dari senarai kawan dia lepas baca entry ni. Maaflah.

Hal mungkin jadi berbeza, mungkin lebih baik begitu.

Salam.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

11 thoughts on “Berkawan”

  1. “As we grow up we think that we are losing friends. But the truth is, we don’t lose friends. We just learn who the real ones are… ”

    in every perhubungan, anything lah, anak-parents, adik-beradik, kawan, kena ada give and take. tak boleh berat sebelah give je.. take je…

  2. Echah, Assalamualaikum.

    Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,iaitu:wanita-wanita,anak-pinak,harta yang banyak berupa emas,perak,kuda pilihan,binatang ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan di dunia,dan sesungguhnya,apa yang ada di sisi ALLAH itu adalah lebih baik.” (Ali imran:3:14)”

    Lupakan lah perkara-perkara yang menyedihkan kita. Berbanyak lah ingat pada Allah. Insya Allah, segala kekusutan akan hilang.

  3. bila baca, tertanya-tanya juga whether ida termasuk dalam golongan manusia yg bukan kawan yang baik..

    ida rasa la, ida macam kawan2 yg ada tapi nampak macam xde kerana selalu jadi silent reader dan pendoa kebahagiaan kawan2 dari jauh..

    sabar ek chah. anda ramai kawan sebenarnya. baru atau lama, masih tetap kawan.. tak perlu label yg terang lagi bersuluh..

  4. ade caller kat Wanita Hari Ini..dia berkahwin dengan besfren dia..bile dia pregnant,dia mabuk teruk sgt..after that,family dia byk sgt problem yg dtg bertimpa2..and akhirnye,xsampai setahun berkahwin,sewaktu anak dia berumur 53hari, dia diceraikan dengan alasan isteri dia terlalu membebankan dengan masalah yg banyak…

    just imagine…kahwin dengan besfren yg kite rase dia dah cukop memahami..tapi rupenye tidak pun…

    life is so unexpected kan…(ade relate x ngan entry akak??hehe..)

    1. hmm… kesiannya…
      dulu i pernah gak cinta monyet ngan kawan rapat. dua minggu jer. haha. itu pun dah sedih gila hee. semoga kakak tu kuat semangat…
      tapi adakah lelaki tu tak fikir panjang? (sebelum kahwin dan selepas kahwin..)

  5. huhu..aku pun selalu rasa mcm ni. biasanya aku diamkan jer. bila dia nak datg cari aku, dtg je la. aku tak pernah nak tolak kwn pun. hehehe…dah jgn pening2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s