Tak bagi sewa rumah kepada pekerja asing

Semalam balik rumah, ada surat dari Persatuan Penduduk Pangsapuri saya terselit kat pintu.

Katanya pemilik rumah tak dibenarkan menyewakan rumah kepada pekerja asing yang kebanyakkannya dari Nepal dan Bangladesh.

Yang biasanya kerja kat mamak, cleaning services and buruh biasa.

Sebabnya, ganggu ketenteraman awam, sebab satu rumah tu ada yang  sampai 10 orang duduk.  Jadi dia kaitkan dengan lif yang sesak, bising dan ganggu kemudahan lain untuk penghuni lain.

Tapi dimaklumkan dari 1000++ unit rumah yang ada, hanya 100++ yang diduduki oleh pekerja asing ni.

Sebenarnya, saya tak berapa setuju dengan pengharaman ni.

Antara faktornya;

  • sewa rumah di Putrajaya mahal, dan yang penyewa warga asing ni biasanya ditempatkan di kawasan ni oleh majikan mereka, kalau nak warning, just warning majikan mereka;
  • pasal lif yang tak dapat diguna oleh orang lain, that’s crap. Lif ada 3 setiap blok, tapi yang boleh guna biasanya dua saja, dan warga asing ni, most of them naik tangga jer. Tambahan lagi mereka bekerja ikut shift, kalau kat mamak tu, dari awal pagi sampai malam, memang bergilir-gilir lah naik lif. Silap2 ngan housemate pun dia orang tak jumpa dalam satu hari tu;
  • sebenarnya, warga asing ni ramai yang Muslim. Merekalah yang memeriahkan surau kalau waktu siang. I pernah balik rumah tengahari dan terdengar mereka azan Zuhur. Imam pun pernah cakap pasal ni masa terawih dulu. Sebab nak harapkan orang tempatan, bukan tak ada… tapi ramai yang bekerja masa tu. Warga asing yang ikut shift ni yang lapang pada masa tertentu biasanyalah… tak tahulah kalau dah tak macam tu sekarang ni;

Tapi mungkin juga ada yang mengganggu orang tempatan, yang mana saya tak pernah tahu.

Mungkin juga pengurusan mengambil langkah berjaga-jaga. Hmmm.

 

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Tak bagi sewa rumah kepada pekerja asing”

  1. merepek la arahan tu..dah kalau aku ada rumah nak disewakan kat situ..yang nak sewa warga asing je…xkan aku nak tolak rezeki ye x?

  2. tau ke apa-apa undang-undang yang boleh halang kita sewa rumah kat pekerj asing?contoh peraturan putrajaya holdings atau dbkl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s