Fasa

Bermula dah fasa baru hidup saya, pada Sabtu lepas.

Saya dah bergelar pelajar semula. Bezanya, kali ini separuh masa. Saya mengambil keputusan, mencabar diri sendiri (dan mungkin akan menyusahkan diri sendiri pada masa depan) untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang Pengangkutan. Specifically, logistics.

Tak, tak. Saya tidak memohon Hadiah Latihan Persekutuan. (lagi). Saya malas mahu melalui peringkat-peringkat yang tidak menyenangkan dan remeh. Boleh? Bukan saya tidak mahu berehat dari kerja, mengambil cuti untuk tumpukan terus pada studi, tapi… saya suka bidang saya sekarang, saya mahu terus explore dan saya mahu tambah pengetahuan dalam bidang kerja yang saya sedang lakukan sekarang.

Bukan tidak ada orang mempersoalkan dapatkah saya komited dengan pilihan saya ni, ramai. Even semasa temuduga pun saya diajukan persoalan yang sama.

Tentulah saya takut, tentulah saya pernah tahu ada kawan-kawan yang tidak mampu habiskan studi sebab kerja… tapi, saya masih lagi mahu berjuang dan cabar diri saya. Jadi, saya harap kawan-kawan semua doakanlah saya.

Saya mahu lebih baik bila saya membentangkan apa-apa semasa mesyuarat, di dalam atau di luar negara. Saya mahu ada isu yang saya kaji sendiri, instead of mengulas dan memetik kajian orang lain. Saya mahu lebih memahami industri.

Doakan saya, okay?

Doa kawan-kawan dalam diam adalah antara doa yang baik. Saya ada dengar pasal tu.πŸ˜‰

Terima kasih all.

πŸ™‚

Student.πŸ˜›

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

27 thoughts on “Fasa”

  1. tahniah! welcome. skang echah dah jadi my uni-mate.πŸ™‚ yeay! nanti apply hlp separa masa bulan september keluar iklan k!! *muahhs*

  2. insya Allah.. Ida doakan Chah kuat semangat dan dipermudahkan urusan belajar sampai lulus. Moga Allah kabulkan doa-doa kita, AMIN!!!

  3. Salute Echah.
    Bulatkan hati, Cekalkan semangat. InsyaAllah pasti berjaya.
    Doaku mengiringi usahamu.
    (Wah.. kenapa begitu skema ucapan aku ni..). All the best Echah!

  4. Belajar sambil bekerja ni halangan nya banyak dan berat. LagiΒ² kalau sudah berkeluarga dan kerja pun tak ikut waktu kerja yang biasa. Macam saya dulu. Semester pertama kelas memang penuh. Masuk semester 2, 3, kelas makin sikit. Makin ramai yang tenggelam. Akhirnya dari 30 orang cuma tinggal kurang 10 orang aje yang jumpa masa hari graduasi.

    Semangat dan fokus dan niat kena betul dan kena maintain. Apa pun semua nya bermula dari dalam diri kita juga.

    Semoga Echah kuat semangat utk teruskan sehingga habis selagi masih single.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s