Lovebirds

This theme seems nice and cute, isn’t it?

It’s lovebirds.

Alhamdulillah, semalam lepak lepak dengan seorang kawan kat rumah dia, dan sebelum balik dia sempat bercerita momok. Katanya, “Kau ingat kau drive kereta, tak ada makhluk yang tumpang?”

Dan, kesudahannya, aku memandu balik diiringi bacaan Surah Yasin dari Youtube, diiringi bacaan aku yang ingat-ingat lupa. Tapi bagus juga begitu, kan?

 Terima kasih teknologi.

 

Satu lagi.

Pasal ke arah kebaikan diri.

Sejujurnya, aku jarang menyediakan masa untuk mendengar ceramah agama, kecuali jika diadakan di pejabat, atau kebetulan ke udara di radio semasa aku mendengarnya.

Hari tu, aku terdengar ceramah dari seorang Ustazah yang agak glamour. Terkesan juga. Cerita pasal mengumpat orang.😦

So, perempuan seperti aku (diulangi, seperti aku ini) memang sangat terdedah ke arah aktiviti nak berbicara pasal orang. Astaghfirullahalazim!

Tak baiiiiiik!

 

Harap harap aku dapat menahan diri dari dugaan dugaan halus macam ni.  Dugaan halus sebab secara tidak sedar kita dah terbuat benda yang tak patut dibuat! Ish, syaitan ni sentiasa ada dekat kita.

 

Semalam juga aku cakap dengan kawan aku ni, kenapa, kalau kat rumah, aku jadi sangat malas… Dia kata rumah aku ada syaitan. Oh, sungguh berterus terang. Which is baguslah sebab dia bagi jawapan macam tu, disertai dengan nasihat, macam mana nak elakkan rasa begitu dalam rumah.

Yelah, aku harus lebih dekatkan diri dengan Tuhan.

 

Kadang-kadang memintaaaaaa saja… Tapi pemberian, pengabdian kepada Tuhan… sama tinggi dengan rumput saja.  :(

 

Okaylah.

 

Selamat Hari Jumaat.

 

Salam.  (1 Malaysia, Selamat Hari Malaysia)

 

 

 

 

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

1 thought on “Lovebirds”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s