Pilihan

Tadi masa perjumpaan dalaman, 2nd big boss (2bb) tanya kenapa memilih untuk join perkhidmatan awam. Ada 5 7 pilihan jawapan. Nanti I ulas satu-satu.

Peluang pekerjaan pertama 

  • I pilih yang ini. Ada dua orang je yang put up their hands (me and another guy yang I tak kenal). 2bb tanya, why, you graduate je terus apply ke? I angguk je. Memang betul, tapi in between I ada juga apply sektor swasta. Cuma nasib baik I, tawaran paling baik I terima adalah dari sektor awam. Bagi I, fresh grad masa tu (2005), gaji yang dibagi ni paling tinggi la untuk aku masa tu. Tak sampai pun RM2000. Tapi I rasa cukup sangat. Alhamdulillah lah. I tak ada komitmen mana pun, cuma nak bagi kat parents and adik2 sikit jer. Bila masuk kerja and jumpa kawan2 yang lain, (yang dah pernah bekerja swasta yang mantap sebelum ni, dah ada komitmen kereta dsb) baru I sedar, jumlah tu tak banyak mana pun. Apa-apa pun, I masih lagi bersyukur.🙂

Job Status

  • Sorang je yang angkat tangan for this reason. I rasa yang lain tak nak mengaku, or tak faham maksud ni. HEHE. Well, (ceh) for me, I tak tahu pun what to expect dari kerja ni. Dihormati kah, kalau jadi orang gomen? Tapi ye la kan, dari kecil lagi disogok dengan kenyataan “perlukan chop pegawai Gred A”. I remembered that once I dah ada chop sendiri, I said to myself, wah, sign dan chop aku sudah boleh guna buat chop pengesahan sijil orang lain. HIKS. So young me.😛
  • Tapi, job status sekarang ni, macam sedikit irrelevant lah, kan? What do you think? Dihormati tu masih la kan. Tapi I kadang-kadang tak nak orang tahu I kerja apa. I menyampah. First orang tanya kerja apa, pastu yang tahu akan tanya gred apa, then yang tahu lagi, dah sibuk tolong kirakan gaji pulak. Ish ish.😦

Famili/kawan yang berkhidmat dalam sektor awam

  • Yang ni, mungkin juga. Tapi kalau ikut hati I yang rebel dan glamourous (feeling je lebih) masa lepas grad, I teringinkan kerja di sektor swasta yang penuh cabaran. Entahlah. Tapi masa tu dengan tiada pengalaman dan pengetahuan yang kurang, dengan badan kurus dan muka kesian, agaknya ada ke company nak hire I? Masa I dapat interview untuk sektor awam ni, pengucapan awam I dah okay sikit sebab I diberi peluang untuk ajar IT satu kelas ni. Gila juga bila difikirkan sebab masa belajar di Universiti, I sangat menggelabah bila kena buat presentation. HEHE. Dulu presentation kan ikut group. Sekali present 5 orang sekali yang keluar ke depan. Tapi bila kena mengajar tu, I rasa tahap confidence I macam okay sikit lah. EH, lari topik. Okay, nak cerita mak and ayah I memang penjawat awam (alhamdulillah). Mak I seorang nurse and ayah I orang RISDA. I ingat lagi I suka tengok sijil-sijil ayah I yang banyak tu dan dia selalu outstation (I dapat banyak goodies lepas dia kursus) and ayah I aktif sukan. SO, I berangan nak kerja macam ayah I. Mind you I was in sekolah rendah masa tu. Tak tahu pun kerja apa ayah I buat.😛 But those things inspired me.🙂 SO, thanks PA!

9 to 5 job

  • Ini pun, I tak tahu sangat. Mum works on shift and Pa pula selalu macam on call jer. But I remembered Pa used to be home at lunch sebab rumah ngan Jabat RISDA tu dekat jer. Itupun kalau ma kerja petang la kan. But to have such working hours untuk officers tak dela sangat kut. Kami kerja balik lambat jugak.😛

Kemudahan yang lumayan

  • Masa I applied for the post, I didn’t know about all the benefits. I was lucky enough. Alhamdulillah. Ma and pa tak pernah pula cerita the benefits and I pun tak pernah nak sibuk tanya gaji ma and pa. All I know was, we had enough things to live with.🙂 Maybe ma and pa struggled to feed us, but they were good at it, we didn’t even know that. But as we grow older (and be more mature) I realized that they worked hard to provide such a life for us.🙂 Alhamdulillah again.

Job Security

  • Ini pun, I tak tahu. Tapi I dengar la, memang secured if dapat kerja dengan kerajaan. So, maybe it’s one of the factor I joined civil service.🙂 2bb kata tak relevant dah factor ni sekarang.

Lain-lain

  • Kena paksa pasal scholarship JPA. HEHE. (Ada kawan-kawan I terlibat dengan faktor ni.)

Okay, dah siap.

If la kan, report meeting boleh buat style ni. ISH.

Apa komen u ols?

p.s : Sally told u, I am gonna write something on this!😛

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

7 thoughts on “Pilihan”

  1. for me it’s a lucky break. masa tu confirm tak tahu job status hape, apa itu ptd pun x tau. tgh tunggu panggilan interview KPLI masa dapat tawaran hadir PTD unggul.

    Gaji? mula2 mmg cukup, bila masuk tahun 3 bekerja, masa tu mmg seksa pasal TATi dah hadir dalam hidup ida. teringat lagi masa tu kalau nk makan best (makan mamak je pun) sampai korek tabung syiling pasal duit dalam akaun da tinggal habuk. sekarang ni? alhamdulillah. bersyukur dengan apa yang ada..

  2. aku? aku selamba jawab time interview aku nak kehidupan yang stabil….hahaha

    ayah ko keje RISDA ke chah? ayah aku pun sama…die penah keje RISDA Kelantan tak lama dulu…x lama la….berapa bulan je…sebelum mak aku sakit

    1. Fadh, masa interview aku pun sebut juga pasal tu. and pasal 9 to 5 tapi lebih kepada nak cuti hujung minggu sebab masa tu aku kerja wayang. cuti weekdays dan takde kawan. so cuti cuti pun aku gi lepak tempat wayang juge. sadis gile kehidupan pre-civil service.😛

  3. Sama, my mom pun nurse🙂. cuma ayah saya kerja sendiri. Cousin ada duorang asal Kelantan. Kahwen dengan sepupu saya org Kulim.

    Gomen ok, sibling 2 orang gomen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s