Dah balik ke pejabat dah!

Alhamdulillah.

Semuanya berjalan lancar masa kenduri dan juga permulaan persekolahan Baby.

Bi tak dapat tawaran ke mana-mana tapi dia dapat duduk kelas pertama di sekolah biasa. Teruk betul persaingan sekarang ni kan. Dulu even 2A pun dapat sekolah jauh sikit dari rumah. HUHU. Kawan baik dia dapat 4A pun sekolah satu kelas dengan dia. Okaylah, adalah juga kawan dia.

Hari ni hari pertama masuk kerja untuk tahun 2013 ni. New year hari tu saya tak buat apa pun. Duk je kat rumah. Even malam tu pun duduk dalam bilik, read a book. Then, wish some friends a happy new year. Dah masuk 3 series (sebenarnya takde kaitan umur pun rasanya) ni malas dah kut. Lainlah dulu waktu muda remaja. Hu ha sana sini. Lepak-lepak.

Dulu, keluar dengan orang lain, balik dengan orang lain! Boleh pulak hilang kengkawan dalam ramai2 bersesak sesak tu. Nasib lah jumpa geng-geng lain. Hoi! Sambut di KLCC dan Bukit Bintang. Walaupun saya bukanlah anak KL tapi alhamdulillah, kawan ramai boleh diharap! (dulu lah, sekarang ramai dah settled down…).

Eh, pasal kerja, alhamdulillah, hujung tahun takde la apa yang urgent and assistant saya pun okay jer. Cuma ada satu program kami tak sempat buat. Adoi. Sakit jugak! Itulah bertangguh lagi. Okay tahun ni kami akan buat dengan lebih bersungguh-sungguh!

Permohonan untuk separa biasiswa saya dah berjaya, alhamdulillah! at least yuran pengajian akan ditanggung oleh kerajaan. So, kenalah belajar bersungguh-sungguh juga. InsyaAllah, saya kena belajar betul2!

And I have a housemate now, kawan masa kat upm dulu, dia tengah sambung phd and okaylah harap2 kerajinan dia buat kerja sekolah akan berjangkit kat saya. Ohoi!

So, all, let’s hope for the best okay! Kenangan pahit di 2012, kita ambil buat pengajaran, supaya kita lagi tabah dan kuat untuk menghadapi segalanya. Ingat, segala apa yang terjadi, ada hikmahnya dan Tuhan itu Maha Penyayang dan akan sentiasa ada untuk kita.  InsyaAllah!

So, I am going out for lunch in few minutes, once again, Selamat Tahun Baru! Hugs hugs!🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

5 thoughts on “Dah balik ke pejabat dah!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s