Bersungguh-sungguh untuk sesuatu

Ha, tajuk macam serius, kan?

Sebenarnya ini cerita Sabtu lepas. Sabtu lepas ada jumpa seorang kawan yang turun kl for few hours adalah hal yang dia nak buat. Jumpa dia kejap je, not more than 30 minutes kut, but impact tu dua tiga hari jugak. More on bad effect kut. Terasa hati, haha. Entahlah. Tua-tua pun nak merajuk kut? Sayalah yang merajuk. Tapi takde apa pun. Bukan penting pun hal tu.

Lepas tu, saya balik Ampang, lepak rumah macik jap then bawa Uyun and Iman keluar, jumpa Kak Nana. Tak plan pun nak jumpa kak nana tapi masa tu macam serabut serabut so rasa nak sembang dengan kawan rapat je… Actually macik asked me to take Uyun to a book store at Bandar Baru Ampang but alang-alang harung jem tu biarlah terus sampai ke Kampung Ampang Tambahan. Jumpa kak nana kejap je, dalam satu jam tapi rasa best sangat.🙂 Thanks Sis. (kak nana subscribe kan blog ni? hehee)

Dah beli buku apa semua lepak-lepak jap then lepas maghrib gerak ke rumah Paris sebab kami dah plan nak buat pavlova. Actually Paris yang nak buat, I nak tolong tolong je. (more to tolong makan). Dah buat semua tetiba sampai part yang whipped cream tu, cream yang kami whip tu tak jadi jadi jugak!!! Alamak. Masa tu dah pukul 11 malam kut?

Then, startlah kerja gila. HAHAHA. Saya drove with Paris, ke beberapa precint di Putrajaya ni nak mencari krim punya pasal!!! Sampai ke pasar borong dekat Equine tu!!! Hampir jam 1 pagi, kami jumpa juga krim tu di Tesco Puchong! Mujurlah tesco tutup pukul 1 am on Saturday!🙂

Alhamdulillah, malam tu kami dapat supper dengan pavlova, then esoknya pun kami breakfast dengan pavlova juga. HEHE.😉

Itulah cerita bersungguh-sungguh pada Sabtu lepas. Sekian, terima kasih.🙂

p.s : Kalau kita bersungguh-sungguh untuk menggembirakan orang, orang akan rasa tau, usaha kita tu. Tapi kalau kita tak bersungguh-sungguh buat tapi cakap saja, orang akan jadi menyampah sebab… kesungguhan kita tu, tak sampai untuk dia rasa. Kadang-kadang orang nak tengok kesungguhan kita je. Sebab outcome tu dia dah boleh expect. Kalau kita tak berjaya buat dia betul2 gembira pun, at least dia mungkin nampak kesungguhan usaha kita. Tapi, sebenarnya, kalau dia tak gembira juga, itu sebab expectation dia yang tinggi. Susah.

Saya pun tak faham.🙂

Cheers!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

6 thoughts on “Bersungguh-sungguh untuk sesuatu”

  1. Halo Echah,

    Sori lah, hari tu kak nana jamu air teh o bujang je.
    Kalau bagitahu awal, boleh masak apa-apa.

    Thanks sebab datang melawat kak nana.
    🙂

  2. kalau nak whip kan whipped cream tu, kena make it cold. meaning, dah nak start whip tu baru keluarkan cream tu dari peti sejuk, or mixer tu awak letak ais bawah dia. so that whip cream tu sentiasa sejuk… senang je nanti nak kembang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s