Harus tahu

Entri tak fikir panjang mana.

Pada masa ini ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk kau selain dari yang kau terkejar-kejar tu. Ada kerja, tanggungjawab pada keluarga dan juga pelajaran yang kau gatal nak sambung tu. Faham tak?

Walaupun begitu, hati kecil kau yang degil tu selalu jugak nak jerit jerit, nak benda yang tak pasti jadi milik kau. Kan. Cuba bersyukur sikit dan fikir dalam dalam, tarik nafas panjang-panjang dan ingat, yang Allah dah jadikan sesuatu tu sudah tepat pada tempatnya, cumanya mahu kau sabar. Ingat dan hargai apa yang kau ada, daripada nak mengharapkan benda yang tak pasti tu.

Cuba serapkan dalam diri, hati, lubuk kalbu dan segalanya yang boleh, yang tak semestinya apa yang kau mahu tu, baik untukmu dan tak semestinya apa yang kau tolak itu, buruk untukmu. Ingat tu.

Dan, masih juga hati mahu jerit perlahan-lahan,

Tuhan, aku rasa sebahagian kecil hati aku ini sudah dicuri. Oleh orang yang tak menyedari perlakuan jahat dia yang telah mencuri hati aku ini.

Yang benar,

pemalu yang mahu.

 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

7 thoughts on “Harus tahu”

  1. Amin ya rabbal ‘alamin..

    Ya Allah, moga si Pencuri itu insaf dan menggantikan hati yang dicuri itu dengan yang lebih baik!

  2. Hai pencuri. Cuba la menjadi pencuri yang bertimbang rasa. Sudah kau curi hati penulis ini, maka ganti kan la ia dengan hati mu juga, supaya hatinya dan hatimu tetap menjadi satu hati. Adilkan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s