Hati hati

Kenapa entah, diri ini, kepala otak berjambul ini, pada masa mengaku menerima ketentuan Allah, pada masa memahami bahawa setiap perkara itu ada hikmahnya, masih juga mahu berfikir fikir dan terus berfikir, bertanya soalan misalnya, bagaimana jika…

Bukanlah minda ini tidak tahu, bertanyakan kalau itu bukanlah perkara yang baik, tapi masih, masih juga… bengap dan bebal, degil dan keras hati kepala…

Pada masa mengakui, memahami semua yang berlaku itu sudah tentu baik buruknya, pada masa memahami yang setiap kita minta itu, bukanlah sudah pasti terbaiknya untuk kita, tetapi, masih berharap dan berharap…

Pada masa memahami, bukan semua orang adalah sama, dan semua orang tidak mungkin berfikiran sama dengan diri ini, tapi masih, masih juga bertanya kenapa sampainya hati orang-orang tertentu bertingkahlaku begitu atau begini…

Pada masa memahami, yang buat perkara biarlah ikhlas, masih, tetap juga mahu setiap yang diberi, dibalas…

Sabar lah hati oi…

Tak semua yang kau nak, kau akan dapat,

Tak semua yang kau rasa terbaik, sudah pasti terbaik,

Tak semua yang elok untuk orang lain, akan elok untuk mu…

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

2 thoughts on “Hati hati”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s