Salam Ramadan

Salam kawan-kawan, dua tiga jam lagi sampai lah ramadan. Saya nak mohon segala maaf, memang ada salah dan silap walau sekecil mana pun.

Semoga hati kita sentiasa tabah dan redha dengan segala dugaan yang akan mendatang, semoga iman kita bertambah kuat, dan semoga amal kita sentiasa diterima Allah.

Ini Ramadan pertama tanpa ibu, sungguh, saya seperti bermimpi, dan masih setiap hari, saya perlu ingatkan diri yang ibu sudah tiada. Masih, dengar lagi suara dia, dan macam mana saya merajuk pagi raya tahun lepas bila dia tak masak nasi dagang untuk keluarga, sedangkan dia masakkan untuk orang yang tempah saja. Ibu, memang amanah, orang tempah, semuanya untuk orang tempah, tak ada dia nak simpan untuk kami makan.

🙂

Hai, ibu memang pemaaf dengan anak-anak, semoga kami semua mewarisi sikap tu.

Semoga adik2 saya yang ada kat kampung tu, sentiasa dalam keredhaan dan ketenangan… saya risau juga kalau diorang bersedih, haiii berat untuk mereka, nak bangun sahur terutamanya.😦

Salam, sekali lagi kawan2.

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

4 thoughts on “Salam Ramadan”

  1. Salam echah, salam ramadhan.. Banyak2kan sedekah doa untuk mak echah. Nanti raya, datang makan nasi dagang umah kak nana ye. Lama tak jumpa echah.

  2. Kak nana, jemput echah aje ke? Huhu..

    Malam tadi dok sms orang, no echah tak de pulok. Echah, apa pun selamat ber ramadhan juga. Maaf zahir dan batin.

  3. kak nana, saya pun nak nasi dagang, wuwuwuwu..

    Echah, selamat menjalani ramadhan Mubarak to you n your family. insya Allah kalian kuat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s