Sesuatu

Alhamdulillah, raya adalah baik baik saja, walaupun post sebelum ini, macam ada sesuatu sahaja, kan. Tentang adik saya. Alhamdulillah, semuanya baik di rumah. Jumpa ahli keluarga yang lain, nenek, makcik, pa dan adik adik. 

Hampir 10 hari, atau mungkin lebih saya bercuti. Selama di rumah, ada beberapa buah novel berjaya saya habiskan.

Ke rumah nenek pun melepak baca novel.

Nenek bila bersembang dengan makcik (melalui telefon), katanya “Along ada… duk baca nobel” 

Haha, kelakar nenek saya. 

Apa lagi. 

Oh ya, novel yang dihabiskan, ada dua dari Tere-Liye dan satu dari Hamka. Semua pun bagus. Novel Hamka berlatarbelakangkan zaman dulu, tahun 1920-an. Novel Tere-Liye pula agak kontemporari. Tapi semuanya adalah kisah kisah biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian, ya, walaupun agak tragis, tapi itu adalah realiti. 

Saya memang lebih menyukai karya novelis Indonesia.  Mungkin faktor bahasa, atau entahla, bagi saya isinya lebih realistik. Mungkin sebab saya lebih suka novel yang realis, ya ada novelis bagus dari Malaysia tapi mungkin tulisan mereka tidak menarik minat saya?

Novel Tere-Liye, lebih kepada cerita cinta, cinta yang secara kesimpulannya, lebih baik dipendam sahaja. Kerana, sesungguhnya, hidup ini, adalah lebih dari cinta. *tersenyum*.

Sebab cinta, sungguhpun baik kalau diluah, tapi mungkin juga lebih baik disimpan. 

Sesuatu.

Selamat Hari Raya, semoga semua menyambut raya dalam kegembiraan. ;) 

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

8 thoughts on “Sesuatu”

  1. Kot nya nak kata “ada beberapa buah novel berjaya saya habiskan.” meaning Echah berjaya menyiapkan beberapa novel. Wah sangat bagus deh! Hahaha..

    Ya betul. Sesetengah cinta adalah lebih baik disimpan. Cintakan seseorang tidak semestinya bersatu dengan dia. Tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s