Ulasan

The complete article is here

Rasanya semua tahu keputusan penting Mahkamah Persekutuan semalam. Bagi saya, saya percaya pada sistem keadilan di negara kita. Percaya pada kredibiliti, hormat pada orang yang memegang tanggungjawab sebagai hakim, juri, peguam dsb. Hormat pada sistem undang-undang negara. Sebab selama saya hidup ini, undang-undang itulah yang menjadi asas kesejahteraan hidup. Ye, tidaklah zero jenayah seperti di Brunei, tapi semuanya bergantung pada individu.

Yang penting, yang mahu saya tekankan dan kongsi adalah concern daripada artikel itu, yang antara lain menyebut, bimbang sekiranya sistem akan dianggap adil sekiranya AI tidak bersalah.

1997, tahun saya PMR. Politik, kerajaan… tidak menjadi apa pada saya, saya baru Form 3, saya ada baca, tapi tidak ada bekas sehingga saya mahu tulis something about it. But as I grew up, belajar mengenai kenegaraan, sistem perlembagaan. Saya faham dan akur bahawa walaupun ada kata dasar adalah membebankan, bagi saya ia adalah untuk kebaikan semua.

Hormatilah pada yang menggubal, pada yang memikirkan bagaimana mahu menjadikan peraturan, undang-undang dan standard ini sebagai perkara yang akan membantu negara. Sebabnya yang memikirkan semua benda ini adalah pegawai-pegawai cabuk yang tidak mendapat banyak pun dari keuntungan bisnes bisnes ni, paling-paling pun, kalau negara maju, kami dapat bonus.

Tujuan penjawat awam adalah mahu menjadikan negara sejahtera. Mahu jadikan rakyat selesa. Cuba pandang secara meluas sikit.

Segala bisnes luar negara yang ada yang terlibat itu, meskipun dicadangkan oleh orang bisnes, yang memikirkan rundingan, perjanjian, kesefahaman adalah penjawat awam.

Hakim, peguam di Mahkamah Persekutuan, penasihat undang-undang adalah… penjawat awam.

Pembuat dasar, penggubal polisi, perunding di peringkat rantau dan antarabangsa… adalah penjawat awam. Saya sebenarnya letih bila semua benda mahu diletakkan kesalahan pada kerajaan.

Adakah orang-orang yang selalu menyalahkan kerajaan ni tak pernah hidup selesa pun? Adakah mereka ingat kerajaan mahu membebankan rakyat ke? Penjawat awam ni bukan rakyat ke? Mereka ingat semua benda adalah manis-manis sahaja ke?

Entahlah, cuba bawa diri berfikir sekejap.

Satu lagi, penjawat awam bekerja untuk orang awam. Dan tak kira kerajaan mana-mana, kami tetap kerja untuk orang awam. Sadis betul kalau orang tuduh kita ni sebagai pak turut demi menyelamatkan diri sendiri. Aduh.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

1 thought on “Ulasan”

  1. setuju dengan Echah.. to me, AI telah diberi peluang untuk membela diri but he refused.. isk.. don’t want to bleber panjang but please la, quit blaming civil servants! grow up sikit la those yg still x reti nk beza siapa itu kerajaan, siapa itu penjawat awam dan siapa itu politicians!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s