Kadang-kadang tak perlu minta maaf pun

Saya nak bising pasal etika pemakaian JPJ tu. Dah terang-terang kalau ada urusan rasmi kerajaan, perlu ada etika pemakaian. Pertama, untuk menghormati urusan rasmi tu, kedua untuk menghormati tempat tu dan ketiga, menghormati perasaan dan pandangan orang lain. Mungkin orang ramai tak sedar yang sesuatu etika tu dibuat untuk keselesaan orang ramai. Orang ramai, orang ramai. Mungkin ada yang tak selesa, tapi tak ramai. So, majority wins.

Kisah seorang makcik yang upload gambar beliau disuruh pakai sarung oleh pegawai JPJ di satu cawangan JPJ.

i) Makcik tu sendiri upload with the title… “what this country has became?” to me, that was insulting enough, for not believing in your own country, but hey, you were there to do the official stuff, for your car you pandai pula ikut peraturan. EH tak, dia kata… semuanya adalah pained to her, sudahlah kena menapak ke pejabat JPJ… oh, macam dia sorang je yang kena pergi JPJ tu untuk selesaikan urusan. Orang lain, JPJ datang ke rumah… agaknya…

ii) Dia diberi sarung, yang universal, ada yang kata to prepare skirt whatever, susahlah bab sizing nanti, tak muat di pinggang ke di punggung ke etc. Memang tak cantik pakai sarung kalau tak reti tapi bukannya tak dibagi masa untuk pakai elok elok (saya rasa lah)… dan dah tahu tak cantik “like a bag” buat apa upload? Buat apa upload, sebab nak kenakan JPJ???? Kan? sebab menyusahkan auntie kan? Auntie tak tahu ke tindakan auntie tu menyusahkan dan menyesakkan orang.

iii) JPJ keluarkan kenyataan maaf. yang bagi saya macam mengarut. Semua tu dah ada dalam etika pemakaian. Kalau tak patuh memang patut kena denda (denda di sini kena pakai sarung).

iv) Saya tak faham kenapa jadi macam ni, sebab saya dah diasuh melalui pemerhatian saya yang berurusan dengan kerajaan banyak kali juga, sejak kecil saya memang perhatikan semua etika pemakaian tu. Jadi saya tak faham kenapa makcik ni boleh tak aware dengan peraturan ni. Peraturan ni dah ada sekian lama… So saya sangat tak puas hati dengan pernyataan makcik “what this country has became” mungkin makcik dah lama duduk di luar negara agaknya.

Ada kawan mesej saya dan tanya kenapa saya emo bila bab ni… Saya emo sebab

i) orang yang buat kerja (pegawai JPJ yang bagi kain) seperti tak dihargai oleh boss sendiri,

ii) JPJ sendiri tak tetap pendirian (keluarkan pernyataan maaf)

iii) kenapa orang ramai sekarang ni tak hormat public place, tak rasa nak berpakaian kemas untuk berurusan dengan kerajaan… buat macam nak gi interview, please?

iv) kenapa kalau dress code lain, boleh je dipatuhi?

Okay that would be all.

Terima kasih.

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

2 thoughts on “Kadang-kadang tak perlu minta maaf pun”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s