#sayaaishah!

Haha, sebelum balik cuti, saya nak ambil peluang membebel beberapa ratus patah perkataan.

Dua tiga hari lepas heboh pasal si sayazahra tu mengeluh macam-macam. Truthfully, saya tak tengok pun video dia sebab risau sakit hati. Tapi kawan-kawan ada yang tolong rumuskan dan bagi soalan-soalan yang cukup membangkitkan rasa lemas… lemas kenapa, lemas sebab aduhai.. adik… kenapa kamu begitu sekali mengaduh ngaduh.

Saya cuma nak tulis pengalaman saya je.

1. 2004 saya grad in July, belum grad dah dapat kerja kerani, gaji RM800, masa ni saya menumpang rumah pacik di Ampang. Saya kerja di Cheras, hari-hari naik lrt, dan kemudian naik bas. Saya terbaca zahra kata terpaksa naik lrt? Aduhai. Itu satu kemudahan, bagi orang lain satu kenikmatan, kenapa bagi kamu terpaksa? Tahun 2004, saya spent sebulan RM100 untuk transportation. Hujung minggu keluar ke KL, dalam RM50 sekali keluar dan hari-hari beli makanan untuk seminggu, belanja less than RM150. Masa ni saya dah start bayar PTPTN, masa ni kena beratur kat BSN nak bayar ni tau.

2. 2005, saya berhenti kerja sebab boss nak tutup bisnes dia, sebelum berhenti tu, rasanya few months saya tak dapat gaji. Tapi saya gigihkan juga sebab banyak sangat saya belajar. Belajar manage office, manage orang… manage resources, jawab telefon, filing, cleaning, typing etc. Sampailah in May saya dapat kerja wayang dekat rumah pacik barulah rasa selesa sikit. Masa ni dah start contribute untuk sewa bulanan rumah pacik ni.

3. Last in August 2005, saya dapat kerja ni (alhamdulillah). So, masih lagi berulang alik ke Putrajaya dari Ampang, naik lrt, pepagi turun di Sg Besi then tumpang kawan ke pejabat. Sampailah kena gi kursus in Jan 2006, memang hari-hari saya guna public transport. Pacik kata ‘along pegi keje, bau wangi… balik dah macam amoi niaga kat Pasar..’

4. Abis kursus in Jun 2006, saya menyewa dengan kawan2 di flat jer… kongsi bilik lagi. Hari-hari naik bas gi keje, nak memandu tak reti, lesen pun takde. Pastu slow-slow ambil lesen sampailah beli kereta sendiri in November 2007. Tengok la tu… jarak dari lepas grad sampai ke beli kereta, almost four years…

5. Menyewa lagi, rasanya hampir 5 biji rumah sewa, sampailah berjaya duduk di rumah sendiri. Rumah sendiri saya beli in 2010. Alhamdulillah.

Semuanya atas diri sendiri, nak lihat hidup dan cabaran ni dari sudut yang mana. Perkuatkanlah diri sendiri, dengan persekitaran. Saya akui, sekarang ni terlalu banyak cabaran, dengan pesatnya sosial media… semua pun mudah disebar-sebarkan, cuma yang betul atau tak, itu kita tak tahu. Kongsilah yang sahih, yang baik yang benar…

Perkara ni tak dapat saya harungi… kalau tak ada kawan-kawan di sisi, ibu ayah hanya mampu mendoakan, mereka tidak akan termampu untuk menyediakan segalanya untuk kita. They need a rest too. Janganlah mengeluh.. . Bersyukurlah!

Selamat hari raya🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

2 thoughts on “#sayaaishah!”

  1. setuju sangat.. kalau ingat zaman mula2 kerja dulu… hmmm, boleh menitik air mata.. tapi telan je la suka duka.. ini peluang utk mendewasakan kita kan..

  2. I tak tgk gak video tu. True enough… Memang orang sekarang ni manja melampau, semua pun nak mengharap orang lain, katanya itu hak diorang untuk meminta2 and orang lain provide everything for them. Haih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s