Tak suka tapi terpaksa buat

Banyak perkara dalam dunia ni yang kita tak minat nak buat, malah tak suka pun… tapi kita terpaksa buat kerana komitmen yang berkaitan.

Susah ke? Ada yang kata senang je, buat jelah, asal buat. Tapi puas hati ke? Ada orang jenis yang even tak suka pun, masih tetap nak buat dengan bersungguh-sungguh. Tak pasti nak tunjuk kepada siapa. Mungkin nak puaskan hati sendiri? Mungkin nak tunjukkan kepada orang lain yang sebenarnya semua kerja boleh diselesaikan, sama ada suka atau tidak.

Kadang-kadang terpaksa buat sebab tanggungjawab. Kalau kita tak buat nanti, kesan buruk akan terpalit pada semua yang lain, mungkin organisasi kita, mungkin boss kita atau mungkin juga ahli keluarga dan kawan rapat kita.

Walaupun dalam hidup ini ada banyak pilihan, tak semestinya kita dibenarkan untuk memilih dalam semua hal.

Ada yang ambil langkah mudah bagi mereka, just go with the flow. Betul kan? Kadang bila merancang pun tak berapa cantik progress, akhirnya kita terpaksa juga ikut keadaan semasa, sesuaikan apa yang kita nak dengan keadaan dan masa yang kita ada, dengan sumber yang kita ada.

Optimum. Kata orang.

Hidup ini macam-macam sebenarnya.

Macam-macam boleh jadi. Mungkin juga, tak mustahil benda yang kita tak suka tu akan jadi kesukaan kita pada masa, mungkin dua tiga minit, atau dua puluh tahun kemudian?

🙂

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

2 thoughts on “Tak suka tapi terpaksa buat”

  1. 😀

    kadang2 benda yang kita tak suka tu la yg paling baik untuk kita. yg penting sentiasa doa supaya Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat kita, aameen!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s