Salmon

Pernah tak beli salmon?

Hari tu beli seketul tu RM16 ke 18 entah. Terkejut dengar harga tapi sebenarnya, saya boleh makan tiga kali seketul tu.

Banyak!

Saya buat tiga resipi.

Satu salmon grill.

Yang tu saya letak limau (lemon), all spice (beli kat tesco) and satu lagi apa… oh, thymes, entahlah first time beli thymes, baca-baca kat google katanya elok kalau masak dengan salmon. HEHE.

Takde oven kat rumah so memang grill atas pan macam tu je. Sedap juga. Bolehlah.

Yang kedua, salmon sambal dengan spageti. Hehe. Masa ni lebih kepada grill tu (sebab makan kat kedai kan biasanya besar – tapi sebenarnya tak habis pun). So kiranya, salmon tu dah masaklah kan, buat sambal macam biasalah. Salmon tu ceraikan biar jadi sekeping-sekeping macam flake gitu.

Resipi sambal saya

bawang merah + bawang putih + bawang besar + halia + cili boh + spageti sos tomato = blend bawang2 dan halia, tumis, and masukkan cili sikit je and then masukkan tomato tu. Then, tambahkan salmon yang dah dicerai-ceraikan. Untuk kuah tu tak banyak pun, just cukup2 untuk spageti je. Pastikan spageti tu dah lembut (al dente) la… then masukkan spagetti sekali dalam sambal tu, masak sampai meyakinkan. Siap.

Yang ketiga, nasi goreng salmon.

Sama je, asas nasi goreng, sama macam sambal tu, kecuali tak letak sos tomato.  (Salmon masa ni pun, guna yang dah macam flake tu, bolehla grill bagi dia kering sikit berbanding yang raw). Lepas dah tumis semua bawang + cili, bolehla masukkan salmon dan kacau biar sebati. Then, masukkan nasi.

Simple je untuk saya. Oh ye, janganlah lupa untuk masukkan gula + garam + pepper secukup rasa ye. Untuk nasi goreng tu boleh nak tambah kicap untuk rasa lebih ummphh. Orang Malaysia tak boleh tinggal kicap kan.😛

Tadi, saya beli kepala salmon dengan baki-baki tulang dan isi sikit kat Cold Storage. RM 14. Bolehlah, adik tu kata sedap buat sup. Nak try masak petang ni.🙂

Mula2 saya dah ambil isi salmon tu, ingat nak buat Salmon + Basil macam kat Black Canyon tu. Tapi bila dah jumpa kepala salmon terus letak balik isi salmon haha. Tapi tengoklah macam mana, kalau terlebih rajin boleh je masak salmon + basil. Siap beli daun basil lagi tadi! Aih, semangat pulak nak masak ni!

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

1 thought on “Salmon”

  1. salmon memang sedap kan.. wahh rindu nak grill salmon lagi makan dengan broccoli.. sini kat kemaman susah nak cari salmon fresh😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s