Starter for ten by David Nicholls (Ulasan dalam Bahasa Melayu sempena kemenangan Mohd Faiz Subri di Puskas Award, FIFA)

a British television quiz show in which teams of students from different universities compete to answer difficult questions on a wide range of subjects. It was presented from 1962 to 1987 by Bamber Gascoigne and it started again in 1994, since when it has been presented by Jeremy Paxman. A phrase often used in the programme is ‘Your starter for ten’ to introduce a first question worth ten points.

starter-for-tenJadi, sebenarnya buku Starter for Ten ini adalah diinspirasikan oleh program kuiz Starter for Ten. Mula-mula, saya ingatkan berkenaan hidangan makan malam yang bermula untuk sepuluh orang, ya, dangkal.

Buku ini adalah yang ketiga dari penulis yang sama yang saya baca. (Betul ke tak ayat ini?) Buku sebelum ini, One Day dan Us lebih kepada persoalan hidup orang dewasa yang pada pandangan saya, lebih general dari UK ke Malaysia, kehidupan adalah sama, tidak ada tumpuan istimewa yang perlu pemahaman yang lebih.  Tapi untuk buku ini, aduh, susah sedikit untuk saya masuk dan faham cerita, ia lebih berkisar kepada persoalan lepasan sekolah menengah yang baru masuk kolej/universiti. Terlalu remaja untuk saya dan latarbelakang kisah ini pada 1982- (tahun saya lahir) dan wow- sangat sosialnya saya rasa untuk seorang remaja berumur 18 tahun, tapi macam tak ada banyak beza pun dengan kehidupan remaja 2015. Heh.

Buku ini mengisahkan tentang Brian “Bri” Jackson yang akan meninggalkan kawan rapatnya, Spence dan Tone untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Bri tak adalah bijak sangat tapi dia berusaha menempatkan diri dalam pasukan Starten for Ten kolejnya. Keinginannya untuk menyertai pasukan tu bertambah-tambah bila “Alice” yang cantik yang dia rasa cinta pandang pertama dia pun turut menyertai pasukan tu. Selain daripada kumpulan Starter for 10 ni, Bri juga ada teori-teori berkenaan dengan kehidupan di kolej yang dia rasa dia perlu buktikan sesuatu kepada Spence dan Tone. Jadi, kadang-kadang Bri nampak macam bodoh-bodoh alang juga.

Cerita dia biasa saja, tapi ia telah diadapatasi ke filem dan watak Bri dilakonkan oleh James McAvoy, jadi bila saya baca novel ni, saya dah bayangkan Bri tu orangnya macam mana dan secara tak sengaja saya telah menyusun watak yang James McAvoy pernah lakonkan sebelum ini dan rasanya cerita ini dah tak berapa menarik lah. HAHA. Lagipun saya rasa deskripsi dan adjektif dalam novel ni macam kotor semacam je. Ada juga saya langkau mukasurat tertentu (beberapa) sebab malas nak baca deskripsi.

Bagi saya, cerita Us dan One Day adalah lebih baik (5 kali) dari cerita ini. Tapi mungkin ini juga merupakan novel pertama (rasanya) dari David Nicholls. Saya tak rasa nak cadangkan buku ini kepada semua. 🙂

Mungkin sekadar 3/5 atau 2.5 (jahatnya).

Filem adaptasi novel ini dapat 6.7 rating di IMDB. Mungkin berbaloi terus menonton filem ni berbanding dengan habiskan novelnya? Ada James Corden sebagai Tone!

Terima kasih. 🙂

 

Advertisements

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s