Skin Care 2017

Hello! Tetiba hari ni I nak bercerita pasal skin care gitu. Macam setiap tahun pun I tulis pasal skin care I. Perahsan ada orang baca dan ada orang nak tahu sangat. Ada I kisah?

Selain daripada skin care routine yang hari-hari tu I ada juga pergi facial yang mahal ya amat rasa menyesal tapi takpelah, kerja teruk-teruk untuk sapa lagi, pergilah tadah muka dibelai-belai oleh beautician yang hmmmm… “muka you sangat teruk!” katanya kat I hari tu! Ada I kisah? I jawab, kalau u tak cakap macam ni, I rasa I cantik jerrrr! Tergelak dia.

Okaylah, untuk 2017 ni I terpaksa mencari produk yang lain sebab kegemaran I, Yves Rocher sudah tutup kedai di Putrajaya dan beberapa tempat di Malaysia ini, jadi I pun beralihlah kepada the Face Shop iaitu pencuci muka dan juga moisturizer yang mahal jua tapi I rasa bolehla sikit dari the Body Shop tu. Tapi ternyata, after few months – I start pakai September 2016 hinggalah ke December, rasa macam tak best pun, jerawat tetap muncul dan kusam jua kulitku. Tahap paling sedih bila ia mengeringkan kulitku walaupun ia berasaskan air dan kulitku ini jenis berminyak you als. Kering ni sampai tahap gelupas – oh no no no. Tak pernah gelupas kulit I walau pakai moisturizer murah dan mampu milik dari Watsons, tapi dengan Face Shop tu sedih sekali. Ternyata mukaku bukan ala-ala orang Korea.

I pakai moisturizer ni, tapi tak jadilah kat muka I. Tak sesuai. Dan pencuci muka tu, I pakai yang rice water. Bagi I, dua-dua ni tak sesuai dengan muka I. 😦 Mahal juga and kekurangan set ni ialah deme takde trial set or travel set, untuk konon-konon kita cuba dulu. I rasa sepatutnya brand-brand mahal ni patut ada starter/travel/trial set kan?

Lepas dah gelupas gelupas muka I tu, I try lah pula tanya-tanya di kaunter Elianto – sebab tukang jaga dia ramah tamah and nampak meyakinkan – macam mana nak baikkan muka I ni. So orang tu minta I try serum dari Elianto ni. Mahal gak. Tapi less than RM100 lah, yea I ni cheapskate. I pun belilah sebab terpengaruh ngan salesperson tu.

0004635_new-elianto-lumino-white-intensive-essence

I rasa ok-ok je, ambil masa almost a month juga untuk hilangkan kesan menggelupas tu, actually ada dua tompok kat muka I, dry patch – sedih kalau pakai bedak mesti ketara. Tapi dengan effect instagram memang tak nampaklah dalam gambar –

Lepas tu, hujung bulan lepas, ada promo skincare Elianto – jadi I pun berbicara lah dengan salesperson Elianto di Alamanda tu, I memang suka sembang dan tanya macam-macam. I pun terconvince untuk mencuba set ni, Nutri Recipe Snow Lotus untuk kulit kusam (sedih).

Masa tu, set untuk pencuci muka, toner dan moisturizer RM69.90 jah… bargain!! I pun belilah, now dah almost 3 weeks I guna, I rasa sangat selesa! Muka I dah tak nampak berminyak, and… kulit kering bertompok dua tu pun dah hilang 90%!

I rasa set snow lotus ni bestlah walaupun packaging dia biasa-biasa jer. 😛 Boleh tengok dekat website elianto – under the tab whitening –

I bagi 5 bintang untuk harga masa sale! Masa tak sale… hmmm I hope ada sale lagi! And for performance, I give 4/5!

 

Advertisements

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

1 thought on “Skin Care 2017”

  1. hey.. ida suka baca la.. bleh tahu produk mana yg best tak best.. dahla member ni mudah terpengaruh, hahaha.. sekarang ni ida pakai oxy cleaner je kalau ada jerawat. facial treatment regime ida sangat la simple.. Alhamdulillah, jerawat pun xde mana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s