Sendiri

  • Saya puasa, sebab satu, saya nak ganti puasa Ramadhan. Kedua, sebab saya malas nak fikir, nak makan apa, nak makan kat mana. Nak makan dengan siapa. Senang, bila puasa, saya tidur je time lunch.
  • Berlari pun sama, saya malas nak tunggu orang sebenarnya. Satu lagi, saya malu dengan prestasi larian saya, yang sangat slow. Tapi saya berlari untuk diri sendiri. Saya rasa, bila saya berlari, saya jadi happy. Tak payah saya nak fikir apa-apa. Ada juga kalau sedih sangat (ye, ada masa saya sedih sangat) saya nangis je masa berlari tu.
  • Saya malas nak susahkan orang. Susahkan saya juga. Saya rasa tak ramai yang macam saya, at least now. Dulu-dulu kawan ramai yang sama sama single dan tidak ada komitmen tapi sekarang, lain. Saya sedang menyesuaikan diri dengan hidup sendiri.
  • Saya rasa saya boleh… boleh melalui kehidupan sendiri, mungkin. Malas saya nak fikir hidup dengan orang lain sebab saya takut sakit hati. Tapi saya rasa okay je setakat ni, sentiasa ingatkan diri supaya bersyukur dengan apa yang saya ada. Setiap kejadian Tuhan tu kan ada hikmahnya.
  • Cuma satu saja, saya rasa orang Malaysia masih juga rasa “kasihan” kepada orang yang menjalani kehidupan bersendirian. Saya tak mahu rasa dikasihani. Saya biasa begini, tapi apa saya boleh buat tentang persepsi orang. I’ve experienced when I tried to buy ticket to KL Bird Park yesterday, budak tu macam pelik I beli tiket untuk sorang. Takpelah dik. I’m fine.
  • I am not explaining anything. I am writing for myself. πŸ™‚

I hope you have a good day so far. πŸ™‚

 

 

Advertisements

Pengarang: aishahkay

simple young lady, living happy most of the time.

9 thoughts on “Sendiri”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s