Puasa dah kita

Assalamualaikum!

Hi semua… (ada lagi ke yang baca… haha) Now, writing here is just for my own record… mostly.

Anyway, it’s already May and we have just started our fasting month, Ramadan few days ago. How’s it going with you guys? For me, alhamdulillah so far. Just this morning I wasn’t awake for sahur. Hmmm.

Rasanya semua orang ada kenangan kan masa puasa, especially masa kecil2 dulu? Masa gi terawih, masa curi-curi minum air paip hahaha. I pernah tu. Tak tau kenapa air paip tu rasa sedap sangatlah. Pastu masa I darjah 2 I sekolah petang, pagi I gi awal rumah kawan I and minum2 air kat rumah dia, lepas tu gi sekolah, balik rumah, masih puasa katanya. Tak tau berapa hari buat macam tu tapi harap-harap tak selalu lah. Sebab tahun tu arwah mak kata kalau puasa lebih 15 hari dapat RM15 kot? HIHI.

Kalau terawih paling diingati kat surau baru tempat kerja ayah, sebab jumpa ramai geng haha. Memang tak terawih sangat la, lebih banyak gossip rasanya dengan rakan sebaya.

Dulu-dulu rasanya kami jaranglah dapat pergi pasar Ramadan sebab mak ayah both kerja and adik2 pun ramai, takut ada yang hilang nanti tengah-tengah kesesakan tu. Tapi arwah ma always masak sedap2 pun so tak kisah sangat. Tapi ayah selalu belikan murtabak lah. Rasanya jarang sangat berbuka without murtabak. Sampai masa first time berpuasa di asrama tu rasa sedih sebab takde murtabak haha. Kenangan. Sekarang ni, seriously I beli nasi sebungkus ja terus rasa ok dah, tak payah nak beria sangat.

I masih tak faham konsep buffet tu jugak.

Sekarang I dah malas nak keluar berbuka kat luar tu, bukan sebab apa, sebab malas nak bersesak di surau lepas tu. (Alasan kan, sebenarnya sebab dah tua).  Lagi pun geng2 ramai dah kawin, sikit-sikit je tinggal yang single dan sudi nak berbuka bersama. HAHA, anyway, as I said earlier, I found it easier to just buy juadah dari kedai yang memang I tahu tahap masakan dia supaya takdelah kecewa bila berbuka. Setakat ni I beli nasi di Boat Noodle, Wong Solo and semalam nasi ayam kat rumah tu. Sabtu lepas I buka dengan adik2 I di Restoran Cili Pauh di Wangsa Walk, sedap. Tu pun kami keluar selepas solat maghrib.

Apa kenangan puasa you all? Apa-apa pun, I nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, dan zakat. InsyaAllah, semoga kita semua mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.

🙂

 

 

Advertisements

3 Replies to “Puasa dah kita”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s