Berbuka di Masjid, first time for me

Hari Sabtu lepas, I keluar dengan Jujue, after Zuhur macam tu, pergi rumah Datuk R (my ex-boss) yang dah bersara, pergi hantar barang, Datuk kirim bekas kotak tisu yang lacey tu masa I pergi kursus di Thailand awal bulan ari tu.

Lepas lepak sejam macam tu kat rumah Datuk, I gi Metropoint, main bowling. Kebetulan ada promo, RM18 for 3 games. Okaylah tu, RM6/game. Sunyi je lanes… tapi belah kiri dan kanan I ada orang tapi dua-dua pun jenis yang main baling je. Kalau ikut rules, kalau orang sebelah kita tengah nak baling, kita kena hold. I memang pegang rule yang ni. I ingat dulu masa zaman I mula-mula main boling, I baca rule ni, dia tampal dekat meja kat lane kita tu. Masa tu kat Mines. About 15 years ago kot. Tapi sekarang ni, takde dah rules macam ni diletak mana-mana.  Bukanlah nak kata hebat mana pun, tapi menganggulah jugak.

Okay, habis pasal bowling, then we shot to Cyber, cadangannya nak solat di Masjid Cyber yang best tu, and then fikir nak makan kat mana, and then balik to the Masjid untuk solat terawih.  Sekali dah setel solat Asar, dah dekat pukul 6, both Jujue and I takleh decide nak makan kat mana. Tengok orang dah duk distribute makanan and dah ada tikar bentang siap-siap untuk tujuan berbuka. Lastly we both decided to break fast there. HAHA. Senang juga. Lepak lah sikit kat Masjid tu, aman je. Baca-baca quran. HUHU.

Berbuka makan nasi tomato dengan ayam masak merah and ada macam-macam kuih orang letak. Ada air panas free, kat vending machine. Tekan je nak air apa… ada white coffee, koko and teh tarik. I plan nak bayar, siap bawak duit lagi sebab RM1 je pun. Sekali budak tu kata, tekan je. Alhamdulillah, kenyang berbuka hari tu and paling best dapat solat maghrib, isyak and terawih berjemaah.

I rasa kalau I pergi sorang-sorang pun takde orang kisah. Semua orang buat hal masing-masing. Rasa macam nak pergi lagi je. Stay dari asar sampai habis terawih. (Kat Cyber dia buat 20 rakaat). I buat 8 je… lepas tu cepat-cepat gi belakang sebab tok imam dia pantas sangat.

 

Advertisements

One thought on “Berbuka di Masjid, first time for me

  1. Masa stay di Putrajaya, ida selalu je gi Masjid Besi sorang-sorang untuk tarawih. Kadang-kadang straight dari opis.

    Pergi je Chah, even walau sorang. Sebab akan rasa mudah dan lapang sangat compare dengan pergi time bulan lain. Masa ni la kita akan dapat bersendirian dan melayan rasa dengan Khaliq. Nak mintak apa-apa dari Tuhan, nak doa untuk family Chah pun mudah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s