Erti Merdeka…

Bagi saya, merdeka sangat bermakna. Kesyukuran mengiringi fikiran setiap kali menyedari betapa bertuahnya saya dilahirkan dalam satu negara yang makmur dan berjaya.

Semasa dalam kapalterbang ke Kuching (19 Ogos 2007), saya telah membaca majalah “Going Places” (tertulis di situ “your personal copy”-jadi saya boleh milikinya kan?-dengan cara menyeludupnya keluar dari pesawat) Artikel mengenai kemerdekaan dalam majalah itu memang menarik. Ia betul-betul menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri saya.

Selepas saya membaca artikel itu, baru saya tahu bahawa rupanya Ramly Burger di”ban” di Singapura kerana it’s too Malaysian. Well, that’s real one Malaysian brand!

Saya juga berasa amat bertuah kerana dapat berkhidmat dengan kerajaan. Walaupun perkhidmatan kami sering dipersoalkan, namun apalah sangat. Yang penting kami tahu kerja yang kami buat. Biasalah, perkara yang buruk lebih senang mendapat perhatian. Kalau nak dibandingkan khidmat bakti yang dicurah selama ini dengan kesilapan-kesilapan kecil yang perbah berlaku, seolah-olah macam langit dan bumi perbezaannya. Bagus juga, teguran-teguran (atau lebih tepat lagi, complaint) yang diberikan setidak-tidaknya dapat membantu kami dalam mencari jalan sebaik mungkin untuk sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam kepada semua rakyat.

Happy Merdeka Day!

It’s not happy birthday Malaysia, (macam ada selebriti wish dalam beberapa program TV 😦 ) as Malaysia was formed on 16 September 1963.

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50!

5 thoughts on “Erti Merdeka…

  1. ParisSuarez September 5, 2007 / 1:30 pm

    selamat merdeka chah .. selamat merdeka semuanya!

  2. mamawafiy September 10, 2007 / 5:24 pm

    ye..saya juga telah mencilok satu nashkah Going Places edisi Merdeka itu dari kapal terbang semasa balik dari Kuching 7 Ogos 2007..berbaloi menyeludupnya sebab saya tahu saya takkan dapat copy penuh sejarah seumpama itu di mana-mana kedai buku..dengan percuma..dan saya telah simpan edisi itu elok2 di dalam tempat simpanan brg berharga saya..utk tatapan anak cucu saya akan datang

    sekian salina melaporkan kejadian seludup yg berlaku pada 7 Ogos 2007 jam 7.40 malam, di atas awan…

  3. aishah September 10, 2007 / 5:41 pm

    Oh nampaknya ko terlebih dahulu membaca artikel berkenaan dan tidak membincangkannya dengan diriku! Hmmm! anyway, nasib la aku dijemput ke Kuching jugak 3 minggu after that. Hehe. :p

  4. punita nadarajah Julai 27, 2009 / 7:45 pm

    kemerdekaan amat bermakna bagi saya kerana dapat hidup di bumi yang aman damai serta mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan bangsa…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s