Dan lain lain

Handphone pouch (from AyUmi for my birthday), Romlah and the envelope with Lat's stamps and the envelopes that are going to go to the friends..
Handphone pouch (from AyUmi for my birthday), Romlah and the envelope with Lat's stamps and the envelopes that are going to go to the friends..

Pertama, semalam, saya menerima gelang gelang yang berwarna merah dan ungu yang istimewa itu.

Kedua, saya menerima romlah. Romlah yang dibeli secara online. Pengaruh dari AyUmi. Tak, AyUmi tak mempengaruhi sangat pun, tapi entri AyUmi membuat saya rasa teruja mahu cuba membaca romlah ni.

Ketiga, saya suka setem yang saya dapat dari kiriman soljah ni. Masa saya mengetahui pasal setem Lat ni, saya cuma berharap yang saya akan dapat memiliki setem tu, meskipun yang secondhand.  Tapi, tahu tahulah kan, sekarang ni, surat-surat jarang benar menjadi pilihan. Selain emel, sejak bekerja ni, surat2 lebih banyak yang pakai franking machine. Tak pun pos berbayar.

Keempat, untuk pengetahuan Buzzy, saya dah beli wallet baru. Ingat tak peristiwa memotong buckle wallet saya dengan gunting masa saya pergi Penang hari tu, sebab wallet tu tak dapat dibuka secara biasa? Hehe. Baru hari ni saya jumpa wallet yang saya berkenan.

Kelima, tadi saya makan aiskrim Baskin Robbin yang sedap tu.

Keenam, InsyaAllah, malam ni saya akan memandu pulang ke Kampung Bukit Sireh. Doakan keselamatan saya dan rakan2 lain yang akan turut serta dalam acara pemanduan beramai-ramai ke Kelantan. 

Ketujuh, tahniah terdahulu untuk Fahmi yang akan atau pun sudah selamat dalam acara penamatan zaman bujangnya. Insya Allah esok kami hadir ke kenduri mu. Di Kuala Krai, daerah kepulangan saya.

Kelapan, selamat menyambut Aidil Adha kepada kawan-kawan. Semoga menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Mohon maaf andai ada salah dan silap.

Kesembilan. Untuk kawan2 yang tahu keistimewaan masing-masing, ada sesuatu dari saya untuk kamu semua.

Kesepuluh, salam. 🙂

13 thoughts on “Dan lain lain

  1. oren Disember 5, 2008 / 4:53 pm

    berhati2 di jalan raya.

    p/s: nak pinjam romlah. (ni pun kesan baca entry ayumi gak. heheh)

  2. نورنانا Disember 5, 2008 / 4:57 pm

    ayumi!!!

    birthday aku pun baru je berlalu.

  3. shahsulong Disember 5, 2008 / 5:00 pm

    ida pun insya Allah balik malam ni. doakan kitorang selamat jugak..

  4. demang Disember 5, 2008 / 5:16 pm

    pandu cermat, jiwa selamat.. anda mampu mengubah nya! 🙂

    selamat berhari raya di kampung halaman lah..

  5. aishah Disember 5, 2008 / 5:32 pm

    oren, thanks. nanti aku dah abis baca, aku pass kat kau. 🙂 kau pun, hati2 memandu nanti…

    Kak nana, tuntut, jangan tak tuntut…hihi…

    shahsulong, hati2 di jalan raya…semoga selamat sampai…

    demang, thanks. encik pun, selamat berhari raya jugak.

  6. buzzybug Disember 5, 2008 / 8:01 pm

    ahhaaa… so dari hari tu x tukar2 purse la?

  7. AyUmi Disember 5, 2008 / 9:53 pm

    nana! HAHAHA. hadiah kau nanti aku bagi kemudian. time paintball la eh. aishah! best tak romlah? hihihi

  8. en_me Disember 6, 2008 / 7:08 am

    hi adek echah manes itteww..
    selamat ariraya aidiladha, bhati hati bila memandu..

  9. gerektua Disember 6, 2008 / 1:47 pm

    pandu cermat anda mampu mengubahnya..

  10. khai Disember 8, 2008 / 10:03 pm

    Happy belated bday cikcah.. moga panjang umur dan murah rezeki.

  11. aishah Disember 11, 2008 / 8:47 am

    buzzy, tukar, tapi tak beli baru…echah guna wallet lama…yang masih elok lagi…

    AyUmi…romlah…okay la. kelakar pun ada…

    en_me, thanks. echah dah selamat kembali ke opis…

    gerektua…terima kasih atas pesanan anda…

    khai…besday cikchah bulan 7 hari tu ler….kau lupa…anyway, thanks lah.

    😛

  12. OP Disember 17, 2008 / 6:23 pm

    setem lat tu saya yang beli dan tampal 🙂

    • aishah Disember 18, 2008 / 9:09 am

      ye ke. encik OP. terima kasih. 🙂 saya suka. setem tu glow in the dark.

Tinggalkan komen