Bekal

Tahun ni I rajin sikit nak bawak bekal ke tempat kerja, mungkin faktor usia, I kena tidur awal dan bangun awal. HAHA. Jadinya I sempatkan diri untuk masak-masak. Tapi I masak simple je sebab I bukan reti masak pun kahkahkah.

In a way, syukur jugak sebab I ni jenis boleh makan apa2 je asal kenyang. Takdelah cerewet nak kena nasi berlauk jugak pepagi. HEHE. Tapi ada je certain times yang mengidam nak makan makanan tertentu.

Oh ye satu lagi bila bawak bekal ni, I dapat jimat masa takde nak gi beli2 makanan (jimat duit of course). So, masa lunch I boleh tidur sebab tak perlu keluar cari makan, I makan bekal je. Pastu makan sikit pun dah rasa kenyang kekadang.

Tapi I tak pastilah jimat ke tak duit tu sebab selera I kan macam berangan je. HAHA. HMMM Tapi sekali I beli groceries tu RM100 jugak. Tapi tahanlah seminggu or lebih. Benda2 yang premium pun I can’t stop myself from buying, contohnya smoked duck and Australian beef (yummy) or greek yogurt. Sebab I suka benda2 ni kalau I gi makan di kedai, I know how much the cost is. So, then, when I jumpa benda2 ni di kedai, I beli sebab I know how to prepare some food that I like using these ingredients – bukan apa pun, wraps and pasta ja. HAHA. Satu je benda yang I tak sampai hati nak beli is sun dried tomatoes, sebab macam takut tak termakan, walaupun sedap.

Okaylah, I share gambar bekal makanan I. Oopss, coffee pun I buat sendiri bawak bekal. Since mesin kopi di rumah tu cam dah nak rosak, ikut suka dia je nak perform ke tak so I bancuh je coffee, with some fresh milk and honey and hot water, settle. That’s how I like my coffee.

 

Advertisements

Bahagia

dengarkan bibirku berbicara
tapi dari hatiku yang kini sepi
kenapa pula perlu berpisah

bila semua punyai cinta di jiwa

apa mungkin in selamanya
ataupun ini hanya seketika
kenangan yang tersimpan
di hati sampai mati ku janji
pulangkan suatu hari nanti

owh owh hari nanti
owh owh hari nanti

ku ada kamu
tapi ku perlukan jawapan jujur
dari kamu
biar dunia pun tahu

kau kau penipu
setiap tutur katamu
hanya permainanmu saja
untuk aku sedihnya hidup begini

setiap yang ku lakukan untuk dirimu
terasa bagaikan angin berlalu
bila dirimu tiada hatiku rasa hiba
kau tanda bahagia kaulah dunia

walaupun aku tahu
kau bukan milikku
kau perlu tahu
sedihnya novel cintaku

biarlah yang fahami
hanya diriku saja
ku tetap berdoa
agar kau bahagia
agar kau bahagia

Malas

Faham tak ada waktu bila kita rasa nak lari sekejap, malas langsung nak ambil tahu pasal persekitaran kita?

I rasa I dalam fasa ni lately.

Malas nak jumpa orang, malas nak layan pertanyaan orang.ย  Perasaan ni datang bila I rasa layanan atau maklumbalas orang terhadap I adalah tidak wajar.

Faham ke tak? HAHA. Maklumbalas dari blog reader ni boleh dikecualikan lah sebab I tahu bukan ada sangat yang baca. Tapi kalau di dunia realiti ni, yang orangnya ada di sekitar I tapi tak ada reaksi sewajarnya, I rasa macam, oh, baik tak payah.

Tapi I harus ingat…

“Tak ada kejadian Tuhan yang sia-sia”

Maksudnya, terpulang kepada kita untuk menilaikan persekitaran kita. Tapi, sentiasalah berusaha cari yang positif!

Kalau rasa malas sekejap tu, bagus juga sebenarnya, bagi masa kita berfikir dan menjustifikasikan reaksi kita dan reaksi orang lain.

Till then, have a good weekend! ๐Ÿ™‚

Home Service

Bukanlah I maksudkan pasal perkhidmatan dalam negeri. Eh, tak tau pula apa namanya kalau I sedang berangan nak bagi rumah I diservis ala-ala kereta yang kita hantar untuk servis berkala tu.

Jadi, sedar tak sedar, dah lebih 3 tahun I masuk dan menginap di rumah I sendiri. Jadi, tentulah sekali kebanyakkan barang dan peralatan rumah yang sudah sampai tempoh untuk dibaik pulih.ย  Kawan I, seorang yang pakar dalam hal rumah-rumah ni minta I senaraikan apa perkhidmatan atau rawatan yang I rasa nak buat (terhadap rumah).ย  Maka inilah senarainya;

  • pewayaran (wiring) untuk kawasan dapur – mengikut pemeriksaan terakhir dari seorang juruteknik, katanya di kawasan dapur tu, di ruang siling, ada wayar yang sudah menjadi korban cik sitikus. Sekarang ni, kawasan dapur tak mendapat bekalan elektrik yang menyeluruh (palam, hood dapur dan lampu tak berfungsi);
  • di bilik air, nak periksa/tukar hos dan kepala shower;
  • pembersihan/pemulihan pendingin hawa;
  • pembersihan rumput yang kalau boleh biarlah berkekalan – ayah I cadangkan supaya rumput tu perlu diracun terlebih dahulu;
  • pembersihan rumah dari makhluk perosak yang lain.

Hmm, I rasa sebenarnya semua pun boleh dibuat asalkan ada peruntukan, kan? I harap kerja-kerja ni boleh dibuat masa I tak ada di rumah, contoh macam I kerja luar selama 4 hari ke? Balik-balik rumah dah cantik. WOW.

Bersendiri

Bersendiri tak pernah jadi masalah kan, sebenarnya. Yang jadi masalah bila kita memberi perhatian kepada apa yang orang fikirkan pasal kita, atau mungkin kita terlebih fikir pasal pandangan orang lain. Padahal, orang boleh jadi tak fikirkan apa pun pasal kita.

Tak perlulah fikirkan pasal pandangan orang lain selagi tindak tanduk kita tak berlawan dengan norma kehidupan biasa di persekitaran kita. Tapi bila nak buat sesuatu, kita pun kenalah berfikir dulu, kan heheh. (Ehem). Be sensitive.

We plan

Oh, we have been working on an event that is supposed to be held in November and yesterday we have received this new decision to review and redo most of the arrangement, like the venue and all.

It was tiring!

I think my boss is also kind of helpless of the situation, she gave us redundant instructions, like yesterday my colleague andย  I were working on the same topic (to prepare letter) I think she forgot who supposed to do what.

Anyway, we will make things work anyhow. That’s what we supposed to do, just be patient I guess we can work with whatever resources that we have in hand. Or out of hand. Wish us luck!

May Allah ease our day.ย  Take care ๐Ÿ™‚

Trying to eat good food

By good I mean, the taste is good and good for health at least, I think for me. I am sick of having a meal without vegetables for about some time already now, I decided to plan meal with lots of vegetables. I did my shopping at Lulu, at Jakel Mall, KL.

Here’s what costed me about RM100.

  • Frozen salmon – 4 blocks for RM30 something – enough for 8 meals
  • Salad – RM 5 – enough for more than 5 meals
  • Pickled olive – RM2.50 (100g)
  • Dried fruits – 100 g each of raisins (black and yellow) and cherries for overnight oat – RM20
  • Tortilla wrap – RM8 (enough for a week)
  • Cheese – Arla (Herb) – RM8
  • Chicken – RM5 – can last up to 5 meals
  • Yoghurt – RM5 – enough for a week or 10 days
  • Etc -etc… up to RM20++

So here’s what I’ve been preparing for myself with minimum cooking involved, since Saturday.

 

20180917_203759.jpgI did some running/walking too just to get more healthy… and perhaps lose some kgs… My current weight is 61.8kg (on Sunday) haha. And I don’t really like to be in between sizes, like right now. Some blouses in between S and M or M and L, some pants are between M and L…

Putrajaya, precisely along Precint 2 up to Precint 3 is beautiful at night! If you have spare time, please do some walking around, there are a lot of fellow walkers/runners so it’s practically safe to walk/jog at night.

Plus, the lighting is somewhat… excessive for a night ๐Ÿ™‚