Blur Duh!!

cheton (cheerleader), me, azy and kak ros

cheton (cheerleader), me, azy and kak ros

*Blur Duh! is our team’s name. HAHA.

Semalam ada tournament bowling Kelab Sukan MOT, and I dapat 2nd place untuk Ladies Individu.  HEHE. Untuk team, our team dapat number 3 ja… Okaylah tu. Azy dapat number 9 individu.

Yang pasal lucky draw di On the Run tu, semalam I pergi juga sebab ada orang Esso call jemput…HAHA. Dah tentu I takde luck kalau lucky draw ni. Tapi it was fun to be there. Ada karnival sikit sikit.

:)

Lucky Strike

I tak tahu kenapa I berdebar-debar ni. HUHU.

Ada lebih kurang 3 jam lagi before kami dapat melihat persembahan abang nuar. Yak a au!

Entahlah.  Apa perasaan? Sangat teruja!!!

Malam tadi pengisian minyak di stesen kegemaran hampir menjadi kenangan pahit. I beratur lama di kaunter di tengah2 tempat isi minyak, dah hampir 3 minit baru mamat cashier tu bagitau, kena bayar kat dalam.

I pun jalan ke dalam on the run tu. Sampai kat sana cashier pula kata pam number 8 itu rosak. So, I kena tukar pam. Tapi duit I dia pegang. I tanya dia, “kena bayar dulu ke?”

I dah bengang. Dia pun nampak bengang sebab cash machine touch series tu buat hal. Dia masih lagi pegang duit dan kad Smile I.  Lepas tu dia sengih sengih dan kata, “akak tukar pam dulu ye.”  Then dia hulur balik duit I tu.

Ada cabutan bertuah pula, I noticed di pam tu, lepas pusing tukar pam, I ambil pam number 2.

I masuk dalam nak bayar then I tanya adik tu pasal cabutan bertuah.

“Macam mana ni? Cabutan bertuah?”

“A ah. Hari Sabtu ni cabutannya”

“Jadi, kena datang sini satu hari? Bila dia umumkan?”

“Kena tunggu la. Saya pun tak tahu.”

“Kerja Sabtu ni?” I tanya.

Dia angguk. I ambil resit, tulis nama dan number telefon. 

“Kalau saya menang, adik ambil lah.”

Adik tu senyum. Dan saya pun gembira. Kesian dia kena marah dengan I tadi.

You boleh

You boleh tanya orang lain, sebelum pergi meeting di hari Ahad tu, nak pakai baju apa. Jadi bila you seorang yang pakai baju kurung, jangan nak membebel kata dalam surat tak nyatakan pun pakai baju apa. You dapat tahu pasal mesyuarat tu awal kan. On weekdays, you had plenty of time to ask and plan.

You boleh datang tanya your staff kalau diorang ada masalah dengan you. Bukannya hantar email macam macam nasihat atau quote yang entah apa-apa, yang mungkin membangkitkan masalah yang sebenarnya tak pernah wujud pun. You ni psiko lah!

You boleh jadi seorang lebih considerate, tau tak? You boleh dengar masalah your staff. Jangan nak tuduh tuduh diorang curi tulang atau tak buat kerja.  Dahlah you tak pernah puji diorang dengan baik, you tambah lagi keburukan hubungan you dengan staff melalui tuduhan tuduhan yang kadang kadang tak masuk akal. Orang lain pun ada perasaan, tau.  Lepas tu you boleh pula dengan senang lenang sebut pasal respek.  You tau kan, kalau you respek orang, orang akan respect you balik. 

You boleh buat kerja thru email sebelum ni, kan? Kenapa sekarang you selalu nak marah saja bila kerja dijalankan macam biasa melalui emel? Kalau tak suka, dan mula cara baru, you boleh kan bagitau elok-elok? Ini tidak, kesian pulak staff you kena marah tak tentu hala atas kebiasaan sedangkan you tak pernah khabarkan penggunaan format baru dalam kerja you. Macam mana you nak minta semua orang ikut kalau you tak pernah bagitau betul betul apa yang you nak. You ni!

You boleh je bagi emel personal tau kalau nak tegur orang lain.  Ini tidak, you boleh s.k s.k pula kepada orang yang tak de kaitan.  Hmm. Pastu tak cukup kalau tak puas hati, you emel reply to all? Wah. Ingat semua orang nak tahu ke masalah you.  Rasanya setiap penghantar emel berkaitan kerja ada letak signature dan contact number, in case ada masalah, boleh diselesaikan secara one on one.  Kalau benda umum tu lain, ini personal you pun you nak reply to all dan s.k sana sini? You tahu, kadang-kadang benda macam ni akan malukan diri sendiri semula.

You boleh share tahu pengalaman yang you ada dengan orang lain. Secara baik. Bukan dengan cara menghentam kelemahan orang lain.  Kesian. Tak ada makna tau you nak banding pengalaman you yang baru 2 tahun dalam servis dengan budak kontrak baru habis belajar.  Dah sah sah pengalaman you lagi banyak. 

I pulak tulis entry ni sekadar untuk sedarkan diri I sahaja. Oh, ini bukan pasal I keseluruhan.  Nanti you all yang baca ni ingat I bermasalah pulak. HUHU.

Sabar. :)

 *s.k s.k  ialah salinan kepada. sebenarnya s.k is enough tapi kalau diletak berganda rasa lebih ryhme. :)

Berbengkel tadi

Dear icedcham, English I masih lagi bertaraf 3 MUET.

I was appointed to go for a HR Strategic Plan Workshop at PICC, on 25th and 26th of June.

Bengkel habis tadi, sebelum lunch, dan I memang tidak ada perasaan nak lunch pun. Bayangkan, kena beratur ramai-ramai.  Malasnya.

Masa tea break pukul 10 atau dipanggil berjeda, I sempat berbual-bual dengan seorang pegawai dari ipiyu, lebih muda dari I. Mungkin I cepat mesra, dan kami pun dah kenal dari semalam, tetiba dia tanya,

“Bila nak kawin?”

I tersentap. I cakap, awak janganlah nak jadi macam mak saya. HEHE. Dia sengih saja.

I tanya dia, “ada abang hensem tak?” HAHA.

“ADA! tapi tak tau lah hensem ke tak. Rambut panjang!” kata dia.

“Wah, artis ke?” HUHU. Gila je soalan I.

Kemudian kami borak-borak kosong.

Lepas bengkel bersurai, I terus balik rumah, beli nasi tapau di tepi jalan. Makan di rumah, sambil buat laundry.  Kemas-kemas bilik.

Keluar rumah jam 2.45 pm (lewat!!!) Dan drive selaju yang boleh untuk ke pejabat. Ya, nampak kereta macam kereta dia di tepi jalan.

Dalam hati,

“Ermmm…kalau I nak pusing, nak pusing di mana eh? jalan ni…I kena pusing di roundabout then keluar balik, then masuk putrajaya balik…ah…lewat la. Lagipun, tak sure kereta dia…”

Then, betul. It was his car. HUHU.

Kalau I berhenti pun, I boleh bagi sokongan moral sahaja. I tak pandai pun tukar tayar. WAWA.

p.s : Have nice weekend!

Love Life

 

Love Life, by Ray Kluun

Love Life, by Ray Kluun

Puas I cari. Sampai ke luar luar Malaysia. Mampu merenggut kesenangan bulanan I, kalau diteruskan.  Tak pernah lagi I gila sampai macam ni. OH!

Jumpa di satu site, dari Indonesia. Lalu I email tuan site berkenaan…jawabnya, sangat memilukan…

hi, sayang sekali Novel Ray Kluun-nya sudah terjual… sebetulnya tak masalah kirim ke Malaysia tetapi biaya couriernya pastilah mahal..

Sedih.

I tried di amazon. Ya. Mampu sekali. Harga penghantaran mengalahkan harga buku. Jika dicampur campur, mampu beli sebelah jeans Levi’s di Warehouse Levi’s di Wangsa Maju tu. Double sedih.

I googled.  Lalu jumpa, di mphonline.  I cuba beli. Tapi buat masa sekarang, tak ada stok.  (Triple) Sedih lagi.  I called MPH Customer Service.  Sekarang ni, I sedang tunggu maklumbalas dari mereka. 

Tadi ada sekali, they called to inform that, there’s only one left, in Summit.   So, I asked if they could mail that book to me. Sikit lagi before I confirmed online transfer di maybank2u, they called and asked me to hold my payment.  They wanted to double check.

Then, they called me once again, to inform me that the Love Life is not available anymore, but they will try to find that book for me.  If only I would wait and be patient.

HUHU.

Harap-harap I dapat buku tu akhirnya. :)

p.s : It was written by the same author of The Widower yang I once reviewed here. :)   Love Life ialah prequel kepada The Widower.

Kau tahu tak

kau tahu tak perasaan bila kita pergi rumah orang, kita tengok hiasan rumah dia simple je, kita rasa kita boleh buat…tapi sebenarnya, kita tak reti pun…

Hmm. Hihi. Faham. :)

 

Laman Berikutnya »


tak kisah sangat apa orang kata, yang penting apa yang kita rasa...

twit twit

  • tak kisah berapa kali, asalkan ikhlas....kan? 2 hours ago
  • haha.twit litium memang betul!tp nk bgtau gak td dpt numb 2 individu boling tournament! 1 day ago
  • br abes game boling.takde number!haha 1 day ago
  • @nurnana kak nana. itu maksud nak terima duit. wwah. bila bleh belanja mee bandung? 3 days ago
  • @famia choki2 dan famia memang tak dapat dipisahkan. auwww. bermekap? hmmm. KIV. 3 days ago

time after time

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

was here

  • 62,816 hits

reverbs

time after time

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031